jangan putus asa

jangan putus asa

25 Disember 2013

HUKUM ORANG ISLAM MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN UCAPAN SELAMAT BERSEMPENA PERAYAAN AGAMA BUKAN ISLAM:



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam 

Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Isl
am sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-

Hadis Nabi


“Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, “Nikah” bererti jima’, nafkah dan mahar)”,
 
 maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan.
 
 Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya.”
 
 (Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)

24 Disember 2013

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
 
 "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis."( Riwayat al-Bukhari )

Keterangan:- Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan didalam kubur dan hari kiamat.

- Mengingati perkara tersebut dapat mendorong melakukan amal ibadah. ( Fath al-Bari)

KEJUJURAN AKAN MELAHIRKAN KETENANGAN



Kejujuran merupakan mutiara yang senantiasa memancarkan cahaya kebenaran di setiap ruang dan waktu. Setiap orang yang menghiasi dirinya dengan kejujuran pasti akan terlihat indah dan menawan. Tatkala kejujuran telah tertanam dalam diri seseorang dan terimplementasi dalam kehidupan, maka terciptalah masyarakat yang aman, damai, dan penuh ampunan-Nya. Pesan Rasulullah di bawah ini menegaskan betapa pentingnya kejujuran.

|| "Hendaklah kamu berlaku jujur, karena sesungguhnya kejujuran membawa kepada kebaikan, dan sesungguhnya kebaikan membawa ke syurga. Dan orang yang bersifat jujur dan menjaga kejujuran maka ia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Jauhilah kebohongan, karena sesungguhnya kebohongan membawa kepada kefasikan, dan kefasikan membawa ke neraka. Tidaklah seseorang berbohong dan mencari-cari kebohongan, melainkan ia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pembohong." 
 
 (HR Bukhari dan Muslim)

Di tempat lain Rasulullah pun berpesan,

"Maka sesungguhnya kejujuran adalah ketenangan dan kebohongan adalah keraguan ..."
 
  (HR At Tirmidzi)

Orang yang selalu jujur akan selalu tenang, sebab ia selalu membawa kebenaran. Sebaliknya, para pembohong selalu membawa kebusukan, dan kebusukan itu selalu membawa kegelisahan. Ia akan selalu dihantui dengan kebohongannya karena takut terbongkar.

Di akhir zaman ini, kebenaran sudah dianggap asing, dan kebatilan sudah menjadi hal yang lumrah. Hal di atas adalah sedikit kisah kebohongan yang sudah terungkap, mungkin masih banyak lagi.

Tatkala kejujuran telah hilang dan sulit ditemukan lagi, maka kebenaran dan keadilan akan semakin sulit dirasakan. Padahal pada saat seseorang menyembunyikan kebenaran dan memunculkan kepalsuan yang dibalut dengan retorika dan alat bukti semu, pada waktu bersamaan mereka telah kehilangan hatinya. Kebenaran tidak bisa ditutupi apapun, termasuk oleh hatinya sendiri. Cobalah bertanya dengan hati, maka jawabannya adalah kebenaran. Jadi, seseorang yang berbohong pada hakikatnya ia telah membohongi diri sendiri.

Ketika kejujuran telah tertanam di dalam diri dan terimplementasi dalam kehidupan, Insya Allah keberkahan hidup akan diraih. Hanya dengan demikian, tatanan kehidupan manusia akan lebih baik dan bermakna dengan pondasi kebenaran yang sesungguhnya. Hal ini juga ditegaskan oleh Ibnu Katsir bahwa orang yang jujur akan selamat dari kebinasaan, serta Allah سبحانه وتعالى akan memberikan kelapangan dan jalan keluar dalam berbagai urusan.

Allahu A'lam.

hidayah ( .. buat diriku ..)
 
☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆

Menggunakan ayat-ayat untuk menentang sihir



 Banyak ayat dalam al-Quran menyentuh tentang berlaku sihir dalam alam manusia. 

Yang jelas ketara bahawa apabila sihir berlaku pada zaman Nabi Allah Musa a.s, baginda menghadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan menggunakan kaedah bantuan Allah S.W.T sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa.

Ulama muktamar menyarankan dalam kitab mereka untuk kita membaca, 10 ayat dalam Surah al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir, 284, 285 dan 286.

Ada juga ulama yang menyarankan kita membaca Surah al-Fatihah, ayat 255 Surah al-Baqarah, ayat 117 dan 119 Surah al-A’raaf, 79 dan 82 Surah Yunus, ayat 65 hingga 69 Surah Thaha, ayat 82 dan 83 Surah Yunus, ayat 118 Surah al-A’raaf dan ayat 70 Surah Thaha.

Disarankan ayat-ayat ini dibaca oleh orang yang terkena sihir ataupun orang yang mengubati penyakit akibat sihir dengan memohon perlindungan daripada Allah S.W.T

As salamu'alaikum shbt tersayang.

 Ramai yg mohon tip kaedah didik anak yg nakal. Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di di sangkakan/ fikirkan oleh hambaNya.

Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh:


1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman & Allah angkat hijab kpd doa ibubapa.


2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!


3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll. Pesan kpd anak lelaki utk elak kencing berdiri. Pesan kpd anak utk ISTIBRA' selepas kencing. Lelaki dgn berdehem 3 kali & perempuan dgn urut dari pusat ke bwh.


4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an & lancarkan penhadaman. Vit C membantu tenangkan fikiran di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an & ganggu proses penghadaman!


5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.


6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.


7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME atau supplemen lain mengikut pilihan anda (tel 03-89255292).


8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.


9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.


10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.


11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.


12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.


13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.
14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!


15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.


16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!


17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SWT.


18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.


19. Utk lembutkan hati anak, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & berdehem dpn anak sblm menasihati anak yg agak "degil". In sya Allah mrk akan mudah dengar nasihat!


20. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!
21. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.


22. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. Moga Allah rahmati & bantu kita semua.



Aameen, wassalam.

Hadis Nabi


"Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari sesaorang islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada saudara Islam yang lain" 
 
(Riwayat Ibnu Majjah)