jangan putus asa

jangan putus asa

28 Januari 2014

Amalkan Sunnah Rasululah, antaranya:


1-Membaca al-Quran dapat menghidupkan hati yang mati.

2-Solat berjemaah. Kelebihannya 27 darjat berbanding solat bersendirian.

3-Mendirikan solat Tahajjud dapat menambah iman dan meneguhkan jiwa.

4-Bersedekah menjadikan harta bertambah berkat.

5-Memelihara wuduk dapat menghapuskan dosa dan wajah bercahaya.

6-Berzikir memperoleh kebahagiaan dan ketenangan hati.

7-Berdoa dalam setiap urusan. Ia penghubung antara hamba dan Pencipta.

8-Memberi salam dapat menyebarkan kasih sayang.

9-Bercakap baik atau diam dapat menghindari dosa.

10-Mendahulukan anggota kanan dalam segala perbuatan yang mulia.

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:



- Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
- Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
- Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
- Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
- Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
- Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
- Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
- Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
- Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.


PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:


- Hembusan asap rokok.
- Tenungan mata.
- Perbualan.
- Minuman
- Handphone (percakapan dan sms).
- Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

Doa Ketika Berada Di dalam Kesusahan

27 Januari 2014

CARA PEMAKAIAN CINCIN IKUT SUNNAH RASULULLAH



* Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.
Baginda suka memakai cincin. Hadis daripada Anas bin Malek:


 “Adalah cincin Nabi s.a.w. dipakai pada tangan ini (dan dia menunjukkan kepada kelengkeng jari kiri).” 
~ Riwayat Muslim

* Nabi Muhammad s.a.w. menasihati Sayidina Ali sesudah beliau bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, kalau memakai cincin pakailah pada jari manis atau jari kelengkeng (anak jari).

* Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata: 


Rasulullah s.a.w. telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu). ” 
~ Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai

* Nabi Muhammad s.a.w. melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah kerana meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian!
* Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki dan perempuan.

Yang Singkat Itu "WAKTU".

Yang Singkat Itu "WAKTU".
Yang Menipu Itu "DUNIA".
Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
Yang Berat Itu "AMANAH"
Yang Sulit Itu "IKHLAS".
Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
Yang Susah Itu "SABAR".
Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".
Yang Membakar Amal Itu"GHIBAH".
Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
Yang Berharga Itu "IMAN".
Yang Menenteramkan Hati Itu ''BERZIKIR".
Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT"

Potensi Diri yang Sebenar?

Bagaimana Mengenal Diri dan Mengetahui Potensi Diri yang Sebenar?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam penulis.

Kekuatan. Diiktiraf sebagai energi yang berkuasa dalam diri. Dengan memiliki kekuatan, kita dapat menakluk diri dan mencapai apa jua impian yang kita idamkan.
Seorang rakan hebat di Facebook, Tuan Rizal bertanya,
“Bagaimana untuk kita mengetahui kekuatan diri?”
Pertama-tama, kesedaran terhadap kekuatan diri itu lebih penting. Apabila kita sedar fungsi kekuatan diri dalam kehidupan seharian, maka kita akan mengelakkan diri daripada membuang masa untuk memperbaiki kelemahan.
Kerana kelemahan itu boleh dipindahkan kepada mereka yang lebih berhak. Manakala kekuatan itu adalah aset diri kita. Manusia yang hebat adalah manusia yang bijak dalam memahami dan menggunakan kekuatan diri dalam kehidupan seharian.
Menggunakan kekuatan diri dalam kehidupan seharian adalah kunci kebahagiaan. Apabila kita menggunakan kekuatan, masa yang berlalu itu terlalu sekejap rasanya. Misalnya, manusia yang mempunyai kekuatan diri untuk menulis beribu-ribu patah perkataan, tidak akan jemu untuk terus menulis.
Begitu hebat impaknya apabila kita mengenali kekuatan diri. Justeru itu, artikel ini akan menghimpunkan kajian dan pengalaman untuk kita mengenal pasti, unsur-unsur yang dapat membawa kita kepada nikmat kebahagiaan dalam kehidupan iaitu…

Mengenali kekuatan dan potensi diri sendiri.

3 Perkara Asas Untuk Mengenali Kekuatan dan Potensi Diri

Steve Pavlina, penulis blog yang terkenal dalam bidang motivasi dalaman menyatakan, terdapat 3 perkara asas yang boleh kita gunakan, untuk mengenali kekuatan dan potensi diri iaitu:

  1. Apa yang kita suka lakukan?
  2. Apa yang kita suka baca?
  3. Keadaan sekeliling yang memotivasikan diri.
#1 – Apa yang Kita Suka Lakukan?
Apabila kita mempunyai masa lapang, apakah perkara yang akan kita lakukan? Aktiviti ini biasanya adalah kekuatan diri yang kita tidak sedari. Kerana ia bersifat natural. Dalam psikologi manusia, kita jarang-jarang sedar tentang perkara yang kita lakukan secara tidak sengaja.
Sebagai contoh, saya seorang yang suka menulis mengenai buku-buku atau artikel yang saya baca ketika punya masa lapang. Aktiviti menulis ini boleh dikatakan sebagai salah satu kekuatan dan potensi yang ada dalam diri.
Setiap manusia mempunyai aktiviti yang berbeza ketika masa lapang. Ia boleh digunakan untuk mengetahui kekuatan diri kita yang tersembunyi.
#2 – Apa yang Kita Suka Baca?
Lihat kembali modal bacaan kita. Adakah kita banyak melaburkan duit untuk membeli buku-buku yang berkaitan dengan masakan? Menurut kajian, buku yang kita beli mencerminkan kemampuan diri kita.
Pernahkah kita menghadapi situasi seronok membaca buku yang dibeli? Adakah ketika itu kita tidak rasa dipaksa untuk membeli buku itu?
Apabila situasi ini berlaku pada diri, maka itu merupakan petunjuk di mana kita mempunyai kekuatan dalam buku yang kita baca. Contohnya, seorang yang membaca buku memasak kekuatannya cenderung kepada masakan, atau menginovasikan idea masakan mengikut acuan sendiri.
#3 – Keadaan Sekeliling yang Memotivasikan Diri
Situasi ini berlaku pada diri saya sendiri. Apabila saya melihat paparan iklan, artikel atau apa-apa material yang berkaitan dengan tip penulisan (seminar / bengkel / dan sebagainya), saya akan rasa seronok dan ingin menghadirinya.
Situasi yang memotivasikan kita dapat menonjolkan kekuatan diri. Apabila kita berminat untuk menghadiri seminar penulisan, ini bermakna kita mempunyai kekuatan untuk menjadi seorang penulis.
Justeru itu, lihat pada situasi atau momen yang meledakkan estim diri. Dari situ, kita dapat kenal pasti kekuatan diri sendiri.

Apakah Hasil Daripada 3 Cara Asas Ini?

Proses memahami adalah bertindak. Setelah kalian membaca artikel ini dan bertindak untuk belajar, apakah hasil yang diperoleh?
Mohon kongsikan menerusi ruangan komen di bawah.
Jika kurang jelas dan perlukan pertolongan lanjut, ajukan soalan pada ruangan komen di bawah. Saya dan para pembaca lain akan cuba membantu.
Mengenali potensi dan kekuatan diri dapat menjadikan kita individu yang hebat. Malah ia dapat membantu kita berdakwah dengan cara yang lebih efektif dan produktif.

BETAPA ALLAH S.W.T SAYANGKAN KITA.



Bila kita tak solat, ALLAH S.W.T tetap bagi kita nikmat-Nya
Bila kita tak puasa, ALLAH S.W.T masih beri kita rezeki.
Bila kita mengumpat, ALLAH S.W.T masih bagi kita peluang untuk berkata-kata.


Sesungguhnya,

ALLAH S.W.T itu Maha Penyayang.
Walaupun hamba-Nya terus menerus melakukan kesalahan dan kesilapan. DIA tetap mencurahkan kasih sayang dan nikmat-Nya.

Bersyukurlah menjadi Hamba-Nya.
Buat apa yang diperintahkan-Nya.
Tinggal apa yang dilarang-Nya.

Jangan sampai ALLAH S.W.T turunkan kemurkaan ke atas kita Atas DOSA yang telah kita lakukan...

wahai saudara dan saudariku. sekiranya kita lalai dan melanggar suruhannya cepat2lah bertaubat. Azab Allah itu amat menakutkan dan amat menggerunkan.

Allah itu maha pengampun dan maha penyayang. bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. semoga kita menjadi hamba yang mendapat keredhaanNya di dunia dan di akhirat. 


Dari Aisyah r.a : (Diringkaskan).. 

Rasulullah saw bersabda, 

Beribadatlah sesuai dengan kemampuan mu. Demi Allah! Dia tidak pernah bosan memberi pahala, sehingga kamu sendiri yang bosan mengerjakan amal ibadat mu. Dan amal yang paling disukai Allah ialah yang dikerjakan secara tetap (berterusan) oleh pelakunya.”

 [0757] Hr. Muslim