jangan putus asa

jangan putus asa

4 Februari 2014

Semangat Positif ‏


Tuhan tak akan memberikan cobaan yg melebihi batas kekuatanku.

 Aku percaya kepadaMu 
ya Tuhanku,
 bersamaMu
 aku dapat melalui apapun.

2 Februari 2014

Beza Antara Jatuh Cinta Dan Membina Cinta


Beza Antara Jatuh Cinta Dan Membina Cinta


Jatuh Cinta
Jatuh Cinta
Mengapa orang berkahwin? Kerana mereka jatuh cinta.
Mengapa rumah tangganya kemudian bahagia?
Adakah kerana mereka masih jatuh cinta? Tidak.
Tetapi kerana mereka terus membina cinta.
Jatuh cinta itu mudah, dalam masa 10 minit juga boleh. Tetapi membina cinta itu sangat susah, perlukan waktu seumur hidup.

Mengapa jatuh cinta mudah?

Kerana saat itu kita buta, bisu dan tuli terhadap keburukan pasangan kita.
Tetapi sewaktu memasuki alam perkahwinan, tiiada yang dapat ditutupi lagi. Tinggal bersama 24 jam sehari 7 hari dalam seminggu, semua belang tersingkap..
Disinilah terletaknya perbezaan jatuh cinta dan membina cinta. Jatuh cinta dalam keadaan menyukai. Namun membina cinta diperlukan dalam keadaan jengkel.
Dalam keadaan yang jengkel, cinta bukan lagi wujud dalam bentuk pelukan, melainkan berbentuk iktikad baik memahami konflik dan bersama-sama mencari penyelesaian yang dapat diterima semua pihak.
Cinta yang dewasa tak menyimpan rahsia, walaupun mengenai hal sensitif  untuk  diungkapkan. Namun sepeka apapun masalah itu perlu dibicarakan agar kejengkelan tak berlarutan.
 Syarat untuk berjaya dalam pembicaraan adalah kita dapat saling memahami perasaan.
Jika suami isteri saling mementingkan perasaan sendiri, mereka akan saling melukai. Jika dibiarkan berlarutan, mereka akan saling memusuhi dan rumah tangga sudah berubah bukan lagi sebagai syurga tetapi neraka.

Apakah keadaan ini masih boleh diperbaiki?

Tentu saja boleh, jika masing-masing mengingati kembali komitmen awal kita dulu, apakah masa dulu kita ingin mencari teman hidup atau musuh hidup.
Kalau memang mencari teman hidup kenapa sekarang malah bermusuhan?
Mencari teman hidup memang dimulai dengan jatuh cinta. Tetapi sesudah itu, cabaran terbesar adalah membangun cinta.
Bererti mendewasakan cinta sehingga kedua pihak dapat saling bermuhasabah, berunding, menghargai, berkongsi rasa, menopang, setia, mendengarkan, memahami, mengalah dan bertanggung jawab.
Jatuh cinta? Tidak salah.
Tetapi cinta lepas  kahwin itu lebih baik dan indah kerana kita terus dapat  membangunkan cinta..

29 Januari 2014

ALLAH menciptakan MANUSIA mempunyai KELEMAHAN


namun ALLAH tidak membiarkan

kita terus menerus


HIDUP dalam kelemahan itu.

Maka ALLAH datangkan

UJIAN bertimpa-timpa pada

titik kelemahan tersebut

sebagai LATIHAN untuk membina sebuah KEKUATAN...

Maka

BERSYUKURlah bila ditimpa UJIAN

Kerana dari situ

Kita belajar KESABARAN & KETABAHAN

Juga mengenal erti KEMATANGAN & KEDEWASAAN.

AMALAN SEDEKAH BAWA KEBERKATAN





Assalamualaikum!

SETIAP manusia sudah dijamin rezekinya oleh Allah. Ia tidak hanya dikatakan sebagai wang ringgit tetapi pengertiannya amat luas sekali merangkumi kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa, keturunan, isteri dan anak yang baik.

Ada yang runsing dan sering mempertikaikan masalah rezeki yang dimiliki. Mereka merungut kerana sudah bertungkus-lumus mencari rezeki namun kehidupan masih tidak berubah.
Sebagai hamba Allah yang beriman, anggaplah semua itu dugaan serta cabaran untuk menjadikan diri lebih kuat dan cekal berusaha.

Teruskan berusaha kerana setiap kejayaan pastinya memerlukan kerja keras tanpa berputus asa melaksanakannya.
Bersikap reda dan bertawakal supaya Allah memberkati segala yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi dan Pemurah atas rezeki untuk hamba-Nya.
Semua yang berlaku atas izin-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukanlah yang diterima.

Jika mereka bertawakal kepada Allah maka Allah pasti mencukupkan keperluannya.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Barang siapa yang me nyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya (memelihara). Sesung guhnya Allah menyampaikan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan qadar (takdir) bagi setiap sesuatu.”
(Surah at-Taalaq ayat 3).

Namun tahukah kita sikap memberi atau bersedekah mempunyai kelebihan dalam urusan pencarian harta. Malah ia membuka pintu rezeki lebih luas kepada mereka yang melakukannya.
Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki sese orang hamba.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah ayat 261).

Tidakkah kita merasa tertarik dengan janji Allah berikan itu? Tidak dinafikan, semua orang mahu hidup senang; mempu nyai rumah yang luas dan selesa, berkereta mewah, memakai pakaian cantik dan bercuti ke luar negara .

Namun dalam erti kata sebenar, kehidupan kita tidak berstatus kerana ada kalanya kita berada di atas dan begitulah sebaliknya. Tujuan kita hidup bukan untuk memenuhi nafsu tetapi kita perlu melihat kekurangan dan kesengsaraan orang lain.

Jika Allah ‘memberi’ pinjaman kekayaan kepada kita maka gunakan kesempatan itu untuk melihat segala yang berlaku di sekeliling. Sebenarnya masih ada lagi yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Justeru jalankan amanah kekayaan yang Allah kurniakan itu bagi membantu golongan memerlukan. Dalam rezeki Allah itu terdapat hak orang lain yang perlu dimanfaatkan.

Bersifat individualistik melambangkan seorang itu tidak berhati perut, sukar didekati dan orang ramai tidak menghormatinya. Walaupun memberi dalam kuantiti sedikit tetapi sedikit itulah keberkatannya.

Alangkah baik jika pendekatan mencari rezeki sambil menyumbang diterapkan dalam diri kita.

Sabda Rasulullah:
“Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).

Beri setakat mana termampu dulu kerana sumbangan sekecil itu menjadi pembersih harta kita.

Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya.
Rasulullah bersabda:
“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta. (Riwayat Ahmad).

Allah berfirman:
“Orang-orang yang menaf kahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak me nyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Surah al-Baqarah ayat 262).

Apabila bersedekah, kita mesti iringi dengan perasaan gembira dan tidak boleh menyesal.
Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusaha menyumbang tenaga dan fikiran bagi mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan.

Rasulullah berbual dengan sahabat,
maksudnya:
“Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”,

sahabat berkata: Bagaimana jika tidak mampu?

Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah.

Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu?

Nabi menjawab: “Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu).

Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu?

Nabi menjawab: “Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran.

Sahabat bertanya lagi: Bagaimana jika masih tidak mampu?
Nabi menjawab: “Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedekah
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Seelok-eloknya, galakkan diri bersedekah kepada ahli keluarga yang miskin dan memerlukan sebelum melaksanakannya kepada orang lain.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedekah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan.” (Riwayat At-Tirmidzi).

Bersedekah boleh meringan kan bebanan orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka.
Rasulullah bersabda:
“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” 

(Hadis Riwayat At Tirmidzi).

Justeru, beberapa perkara perlu diambil perhatian demi kesempurnaan amalan sedekah antaranya barang yang disedekahkan mestilah baik.
Tidak wajar sama sekali barang yang disedekahkan itu kita sendiri tidak tergamak menggunakannya.
Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

Kemudian sesuatu yang disedekahkan mesti halal.
Sunat jika bersedekah dengan benda atau barang yang disukai dan disayangi tidak kira ia banyak atau sedikit.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”
(Surah Ali-Imran ayat 92).

Jangan sesekali bersedekah kemudian mengungkit, merungut dan menyakiti hati orang yang menerima kerana perbuatan itu haram serta merosakkan amalan sedekah.

Pegawai Pengurusan Dakwah Munirah Care, Muhammad Khusairi Abdullah, berkata galakan kepada umat Islam bersedekah perlu supaya umat Islam terbela.

“Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal. Perbuatan ini lebih dekat kepada keikhlasan kerana menjauhkan diri daripada riak hingga merosakkan amalan.

“Penumpuan perlu diberikan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Mereka terdiri daripada golongan fakir, miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang menebus dirinya secara ansuran), al-gharimin (orang yang menanggung hutang dan tidak mampu menyelesaikannya), fisabilillah (berjuang di jalan Allah) serta ibnu sabil (musafir yang terputus bekalannya di perantauan).

“Setiap kali bersedekah pastikan niat kita ikhlas kerana Allah. Jika kita menderma hanya sekadar untuk mendapat pujian, nama atau pangkat ia tidak memberi sebarang makna,” katanya.

Beliau berkata, sedekah membuatkan seorang Muslim mendapat pelbagai nikmat dan kesan kehebatan sedekah itu dapat dirasai ketika berada di dunia lagi.

“Orang yang istiqamah bersedekah atau berinfak hartanya mudah menerima ilmu Allah, terhindar daripada penyakit, jiwa sentiasa tenteram dan menghapuskan sifat bakhil yang bersarang dalam diri.

“Tidak kira siapa kita sama ada kaya atau kurang hartanya mesti berusaha dan bersedia untuk bersedekah. Umpamanya jika kita mempunyai wang RM10 tidak mengapa jika bersedekah sebanyak RM1 kerana yang penting keikhlasan itu mendapat nilaian istimewa daripada Allah,” katanya.

Beliau berkata ganjaran kepada mereka yang bersedekah cukup besar kerana apa saja yang mereka infak itu pahala terus diterima secara berkekalan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”

“Dari hadis berkenaan membuka peluang untuk kita mendapatkan bekalan sebelum mata tutup buat selamanya.

Jika kita sedekahkan al-Quran atau sejadah untuk kegunaan jemaah di masjid, selagi mana ia digunakan maka pahala tetap sampai kepada kita.
Begitu juga apabila memberi makan, minum dan pakaian kepada anak yatim maka sudah tentu ganjarannya cukup besar,” katanya.

MANA YANG LEBIH UTAMA : DIAM ATAU BERBICARA?



۞ Al Hasan (Al Bashri) rahimahullah berkata: 

“Mengajarkan kebaikan lebih baik daripada diam, dan diam lebih baik daripada mengajarkan keburukan.” 

(Lihat kitab Al Bayan wa At Tabyiin, hal. 271)
۞ Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah berkata:

“Maka bukanlah perkataan yang diperintahkan secara mutlak, tidak juga diam, akan tetapi harus berbicara dengan kebaikan dan diam dari keburukan, dan kebanyakan para ulama salaf kebanyakan memuji diam dari keburukan, dan sesuatu yang tidak bermanfaat, karena beratnya untuk diri, oleh sebab itu kebanyakan manusia terperosok di dalamnya, maka mereka (para ulama salaf) mengobati diri mereka dan bersungguh-sungguh diam dari sesuatu yang tidak bermanfaat untuk mereka.”


( Lihat kitab Jami’ Al ‘Ulum Wa Al Hikam, 17/13)

۞ Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:

“Berbicara dengan kebaikan adalah sebuah kebaikan daripada diam darinya, dan diam dari keburukan adalah sebuah kebaikan daripada berbicara keburukan, adapun diam selalu maka ini adalah perbuatan bid’ah yang terlarang, dan demikian pula menahan diri dari memakan roti, daging dan minum air, maka ini adalah termasuk dari perbuatan bid’ah yang tercela juga, sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Shahih Bukhari, Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Ketika Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam 

berkhuthbah berdirilah seseorang dan bertanya kepada beliau: 

“Abu Israil bernadzar untuk berdiri dan tidak duduk dan tidak bernaung serta tidak berbicara dan berpuasa, (bolehkah?)” Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Perintahkanlah ia untuk berbicara, bernaung dan menyempurnakan puasanya.” 

(Lihat kitab Al Furqan Baina Awliya Ar rahman dan Awliya Asy Syaithan, hal. 159.)

۞ Ibnu Abdil Barr rahimahullah berkata:

“Bahwa berkata yang baik seperti berdzikir kepada Allah, membaca Al Quran dan amalan-amalan baik lebih baik daripada berdiam, demikian pula berbicara dengan kebenaran seluruhnya dan mengadakan perdamaian diantara manusia, dan apa saja yang semisal dengannya, dan sesungguhnya diam yang terpuji adalah diam dari perkataan yang bathil.” 


(Lihat kitab At Tamhid Lima Fi Al Muwaththa’ Min Al Ma’ani wa Al Asanid, 22/20)

۞ Ali Bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata: 

“Tidak ada kebaikan di dalam diam dari ilmu sebagaimana tidak ada kebaikan di dalam perkataan yang bathil.” 

(Lihat Kitab Gharaib Al Furqan wa Gharaib Al Furqan, 1/227)

ITU JANJI ALLAH,BUKAN JANJI MANUSIA.

Tak kisah betapa gagahnya anda,betapa taikonya anda dan walaupun semasa hayat anda,anda ditakuti dan digeruni TAPI bila jasad sdh bercerai dr nyawa dan apabila anda keseorangan didalam lubang kubur yg sempit lg gelap siksaan kubur pasti tiba.

ITU JANJI ALLAH,BUKAN JANJI MANUSIA.

5 JENIS SIKSAAN KUBUR
1). Di Perlihatkan Neraka Jahannam

“Kepada mereka dinampakkan
neraka pada pagi dan
petang.”
(Ghafir: 46)
Dari Ibnu Umar c bahwasanya
Rasulullah Shalallahu Alaihi
Wasalam
bersabda: “Sesungguhnya apabila salah
seorang di antara kalian mati
maka akan ditampakkan
kepadanya calon tempat
tinggalnya pada waktu pagi dan
sore. Bila dia termasuk calon penghuni surga, maka
ditampakkan kepadanya surga.
Bila dia termasuk calon penghuni
neraka maka ditampakkan
kepadanya neraka, dikatakan
kepadanya: ‘Ini calon tempat tinggalmu, hingga Allah
Subhanahu Wa Ta’ala
membangkitkanmu pada hari
kiamat’.”
(Muttafaqun ‘alaih)

2). Di Pukul dengan Palu dari Besi

Dari Anas radiyallahu anhu, dari
Nabi Shalallahu Alaihi Wasalam:
Adapun orang kafir atau munafik,
maka kedua malaikat tersebut
bertanya kepadanya: “Apa
jawabanmu tentang orang ini (Rasulullah Shalallahu Alaihi
Wasalam)
?”
Dia mengatakan: “Aku
tidak tahu. Aku mengatakan apa
yang dikatakan orang-orang.”

Maka kedua malaikat itu
mengatakan: “Engkau tidak tahu?! Engkau tidak membaca?!”
Kemudian ia dipukul dengan palu
dari besi, tepat di wajahnya.
Dia
lalu menjerit dengan jeritan yang
sangat keras yang didengar
seluruh penduduk bumi, kecuali dua golongan: jin dan
manusia.”
(Muttafaqun ‘alaih)

3). Di Sempitkan Kuburnya, Sampai
Tulang-Tulang Rusuknya Saling
Bersilangan, dan Di Datangi Teman
yang Buruk Wajahnya dan Busuk Baunya.

Dalam hadits Al-Bara’ bin ‘Azib z
yang panjang, Rasulullah
Shalallahu Alaihi Wasalam

menceritakan tentang orang kafir
setelah mati:
“Gelarkanlah untuknya alas tidur dari api neraka, dan bukakanlah
untuknya sebuah pintu ke neraka.
Maka panas dan uap panasnya
mengenainya. Lalu disempitkan
kuburnya sampai tulang-tulang
rusuknya berimpitan. Kemudian datanglah kepadanya seseorang
yang jelek wajahnya, jelek
pakaiannya, dan busuk baunya.
Dia berkata: ‘Bergembiralah
engkau dengan perkara yang
akan menyiksamu. Inilah hari yang dahulu engkau dijanjikan
dengannya (di dunia).’
Maka dia
bertanya: ‘Siapakah engkau?
Wajahmu adalah wajah yang
datang dengan kejelekan.’ Dia
menjawab: ‘Aku adalah amalanmu yang jelek.’ Maka dia berkata:
‘Wahai Rabbku, jangan engkau
datangkan hari kiamat’.”
(HR.
Ahmad, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan
Al-Hakim)

4. Dirobek-Robek Mulutnya,
Dimasukkan ke dalam Tanur yang
dibakar, dipecah Kepalanya di atas
Batu, ada pula yang disiksa di
sungai darah, bila mau keluar dari
sungai itu dilempari batu pada mulutnya.

Rasulullah Shalallahu Alaihi
Wasalam
berkata kepada Jibril
dan Mikail e sebagaimana
disebutkan dalam hadits yang
panjang:
“Beritahukanlah kepadaku tentang apa yang aku lihat.”
Keduanya menjawab: “Ya. Adapun
orang yang engkau lihat dirobek
mulutnya, dia adalah pendusta.
Dia berbicara dengan kedustaan
lalu kedustaan itu dinukil darinya sampai tersebar luas.
Maka dia
disiksa dengan siksaan tersebut
hingga hari kiamat. Adapun orang
yang engkau lihat dipecah
kepalanya, dia adalah orang yang
telah Allah ajari Al-Qur’an, namun dia tidur malam (dan tidak
bangun untuk shalat malam).
Pada siang hari pun dia tidak
mengamalkannya. Maka dia
disiksa dengan siksaan itu hingga
hari kiamat. Adapun yang engkau lihat orang yang disiksa dalam
tanur, mereka adalah pezina.
Adapun orang yang engkau lihat
di sungai darah, dia adalah orang
yang makan harta dari hasil
riba.” (HR. Al-Bukhari no. 1386 dari Jundub bin Samurah z)

5). Dicabik-cabik ular-ular yang
besar dan ganas


Rasulullah Shalallahu Alaihi
Wasalam
bersabda:
“Tiba-tiba aku melihat para
wanita yang payudara-payuda ra
mereka dicabik-cabik ular yang
ganas.
Maka aku bertanya: ‘Kenapa mereka?’ Malaikat
menjawab: ‘Mereka adalah para
wanita yang tidak mau menyusui
anak-anaknya (tanpa alasan
syar’i)’.”
(HR. Al-Hakim. Asy-Syaikh
Muqbil t dalam Al-Jami’ush Shahih berkata: “Ini hadits shahih dari
Abu Umamah Al-Bahili z.”)
Tak kisah betapa gagahnya anda,betapa taikonya anda dan walaupun semasa hayat anda,anda ditakuti dan digeruni TAPI bila jasad sdh bercerai dr nyawa dan apabila anda keseorangan didalam lubang kubur yg sempit lg gelap siksaan kubur pasti tiba.

ITU JANJI ALLAH,BUKAN JANJI MANUSIA.

5 JENIS SIKSAAN KUBUR
). Di Perlihatkan Neraka Jahannam

“Kepada mereka dinampakkan
neraka pada pagi dan
petang.” (Ghafir: 46)
Dari Ibnu Umar c bahwasanya
Rasulullah Shalallahu Alaihi
Wasalam bersabda: “Sesungguhnya apabila salah
seorang di antara kalian mati
maka akan ditampakkan
kepadanya calon tempat
tinggalnya pada waktu pagi dan
sore. Bila dia termasuk calon penghuni surga, maka
ditampakkan kepadanya surga.
Bila dia termasuk calon penghuni
neraka maka ditampakkan
kepadanya neraka, dikatakan
kepadanya: ‘Ini calon tempat tinggalmu, hingga Allah
Subhanahu Wa Ta’ala
membangkitkanmu pada hari
kiamat’.” (Muttafaqun ‘alaih)

2). Di Pukul dengan Palu dari Besi

Dari Anas radiyallahu anhu, dari
Nabi Shalallahu Alaihi Wasalam:
Adapun orang kafir atau munafik,
maka kedua malaikat tersebut
bertanya kepadanya: “Apa
jawabanmu tentang orang ini (Rasulullah Shalallahu Alaihi
Wasalam)?” Dia mengatakan: “Aku
tidak tahu. Aku mengatakan apa
yang dikatakan orang-orang.”
Maka kedua malaikat itu
mengatakan: “Engkau tidak tahu?! Engkau tidak membaca?!”
Kemudian ia dipukul dengan palu
dari besi, tepat di wajahnya. Dia
lalu menjerit dengan jeritan yang
sangat keras yang didengar
seluruh penduduk bumi, kecuali dua golongan: jin dan
manusia.” (Muttafaqun ‘alaih)

3). Di Sempitkan Kuburnya, Sampai
Tulang-Tulang Rusuknya Saling
Bersilangan, dan Di Datangi Teman
yang Buruk Wajahnya dan Busuk Baunya.

Dalam hadits Al-Bara’ bin ‘Azib z
yang panjang, Rasulullah
Shalallahu Alaihi Wasalam
menceritakan tentang orang kafir
setelah mati:
“Gelarkanlah untuknya alas tidur dari api neraka, dan bukakanlah
untuknya sebuah pintu ke neraka.
Maka panas dan uap panasnya
mengenainya. Lalu disempitkan
kuburnya sampai tulang-tulang
rusuknya berimpitan. Kemudian datanglah kepadanya seseorang
yang jelek wajahnya, jelek
pakaiannya, dan busuk baunya.
Dia berkata: ‘Bergembiralah
engkau dengan perkara yang
akan menyiksamu. Inilah hari yang dahulu engkau dijanjikan
dengannya (di dunia).’ Maka dia
bertanya: ‘Siapakah engkau?
Wajahmu adalah wajah yang
datang dengan kejelekan.’ Dia
menjawab: ‘Aku adalah amalanmu yang jelek.’ Maka dia berkata:
‘Wahai Rabbku, jangan engkau
datangkan hari kiamat’.” (HR.
Ahmad, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan
Al-Hakim)

4. Dirobek-Robek Mulutnya,
Dimasukkan ke dalam Tanur yang
dibakar, dipecah Kepalanya di atas
Batu, ada pula yang disiksa di
sungai darah, bila mau keluar dari
sungai itu dilempari batu pada mulutnya.

Rasulullah Shalallahu Alaihi
Wasalam berkata kepada Jibril
dan Mikail e sebagaimana
disebutkan dalam hadits yang
panjang:
“Beritahukanlah kepadaku tentang apa yang aku lihat.”
Keduanya menjawab: “Ya. Adapun
orang yang engkau lihat dirobek
mulutnya, dia adalah pendusta.
Dia berbicara dengan kedustaan
lalu kedustaan itu dinukil darinya sampai tersebar luas. Maka dia
disiksa dengan siksaan tersebut
hingga hari kiamat. Adapun orang
yang engkau lihat dipecah
kepalanya, dia adalah orang yang
telah Allah ajari Al-Qur’an, namun dia tidur malam (dan tidak
bangun untuk shalat malam).
Pada siang hari pun dia tidak
mengamalkannya. Maka dia
disiksa dengan siksaan itu hingga
hari kiamat. Adapun yang engkau lihat orang yang disiksa dalam
tanur, mereka adalah pezina.
Adapun orang yang engkau lihat
di sungai darah, dia adalah orang
yang makan harta dari hasil
riba.” (HR. Al-Bukhari no. 1386 dari Jundub bin Samurah z)

5). Dicabik-cabik ular-ular yang
besar dan ganas

Rasulullah Shalallahu Alaihi
Wasalam bersabda:
“Tiba-tiba aku melihat para
wanita yang payudara-payuda ra
mereka dicabik-cabik ular yang
ganas. Maka aku bertanya: ‘Kenapa mereka?’ Malaikat
menjawab: ‘Mereka adalah para
wanita yang tidak mau menyusui
anak-anaknya (tanpa alasan
syar’i)’.” (HR. Al-Hakim. Asy-Syaikh
Muqbil t dalam Al-Jami’ush Shahih berkata: “Ini hadits shahih dari
Abu Umamah Al-Bahili z.”)

untuk yang nak kurangkan rabun @[256553831118627:274:IbnuSina Eyewear Penang]

28 Januari 2014

.:: Tazkirah Hari Ini ::.


Jika tak lulus peperiksaan 

PMR, SPM, STPM, 

atau tak dapat ijazah, 

kita masih boleh makan nasi,
 makan mi goreng, 
makan char kuey teow... 
kita masih ada alternatif atau peluang lain. 

Tapi jika kita tak lulus peperiksaan alam KUBUR, 

maka kita dah tak ada peluang lain, 
kehidupan seterusnya di akhirat akan lebih sukar... 

Na'uzubillah.