jangan putus asa

jangan putus asa

24 Disember 2013

Hadis Nabi


Rasulullah s.a.w bersabda: 
 
"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" 
 
(H.R.Muslim)

23 Disember 2013

Hadis Nabi


Dari Sa’id bin Zaid r.a : Rasulullah saw bersabda :

(1). “Barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia adalah syahid,
(2). Barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya, maka ia adalah syahid,
(3). Barangsiapa yang terbunuh kerana membela darahnya (dirinya), maka ia adalah syahid dan;
(4) Barangsiapa yang terbunuh kerana membela keluarganya, maka ia adalah syahid.”

Petua Mendapatkan Wajah Yang Berseri Tanpa Menggunakan Mekap:



1. Sentiasa senyum dan bersangka baik dengan orang lain

2. Sentiasa berwuduk.

3. Cuci muka sebelum tidur dengan air bersih.

4. Amalkan berselawat 3 kali, kemudian tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan membaca doa ini; “Ya Allah, serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku”

5. Ketika bersolek di depan cermin ,baca doa ini; “Ya Allah, sebagaimana Kau cantikkan wajahku maka perelokkanlah pekertiku”

3 perkara yang meningkatkan kemuliaan.



1. Memaafkan kesalahan orang lain dan menghapuskan bekas-bekasnya.

2. Memberi sesuatu kepada orang yang tidak pernah memberikan sesuatu.

3. Menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskan hubungan silaturahim.
 
 

Doa.

Sebaik-Baik Perhiasan

Nabi s.a.w bersabda: 

Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah


 (Riwayat Muslim).