jangan putus asa

jangan putus asa

6 Disember 2015

"CARA BERSENAM TANPA BANYAK USAHA"


Rata-rata rakyat Malaysia masih malas untuk
bersenam bagi menjamin kesihatan yang baik
sehingga ke tua. Khas untuk anda yang
mempunyai ‘alahan’ terhadap senaman, di
sini kami senaraikan beberapa cara untuk
anda kekal fit tanpa perlu ke gimnasium
mahupun mengenakan kasut sukan anda!
Kami gelarinya ‘senaman tanpa banyak
usage’.
#1)Ketika Melihat Cermin Setiap Pagi
Menurut Pakar Bedah Ortopedik, Michael
Shepard mencadangkan anda mengubah cara
anda berdiri ketika menghadap cermin di
waktu pagi. Tarik bahu ke dalam untuk
mendapatkan postur yang baik dan
dongakkan dagu sedikit ke atas ketika anda
berdiri tegak di hadapan cermin. Ini bukan
sahaja dapat mengurangkan sakit belakang
tetapi juga mampu mengelakkan anda
menjadi bongkok apabila usia anda
meningkat kelak.
#2)Ketika Memberus Gigi
Jika selalunya anda hanya berdiri tegak
ketika memberus gigi, apa kata mulai
daripada hari ini anda amalkan senaman
cangkung ketika melakukannya. Menurut
Pengasas Nashville Fitness, Irv Rubenstein,
sekiranya anda melakukan squat secara
perlahan-lahan ketika menggosok gigi, ia
boleh meningkatkan kekuatan lutut dan
mengurangkan risiko artritis apabila anda
sudah berusia walaupun anda hanya
melakukan hanya enam hingga ke lapan kali
sahaja.
#3)Ketika membasuh Pinggan
Setiap kali anda membasuh pinggan, cuba
berdiri dengan satu kaki sahaja. Cara ini
dapat mengukuhkan kawalan saraf di sekitar
buku lali, lutut dan pinggul yang boleh
membantu anda mengekalkan sokongan kaki
ketika menjalani aktiviti seharian. Ia turut
membantu anda memahami kestabilan tubuh
badan sendiri.
#4)Ketika Di Tempat Kerja
Kami faham anda terlalu banyak kerja di
pejabat tetapi jangan sekali-kali anda lupa
untuk take 5 di dalam setiap satu jam anda
menghadap komputer. Sekiranya malas untuk
berjalan, ambil masa untuk melakukan
regangan. Luruskan tangan ke hadapan selari
dengan lantai dan regangkannya.
Lakukannya bergilir-gilir dan regangkan
sekali jari anda. Ini penting untuk
mengelakkan anda daripada terkena penyakit
sendi.
#5)Ketika Bercakap di Telefon
Jadikan panggilan telefon sebagai alasan
untuk anda bergerak. Letakkan telefon bimbit
berjauhan dengan anda supaya anda boleh
berjalan mendapatkannya apabila telefon
berbunyi. Ataupun anda boleh bercakap
sambil berjalan daripada bermalas-malas di
atas katil ketika berborak di telefon. Ini
secara tidak langsung membuatkan anda
bertambah aktif sepanjang hari.
#6)Ketika Menonton Televisyen
Saiz otot paha anda semakin mengecil selari
dengan peningkatan umur. Jadi
pergerakannya walau sedikit mampu
melambatkan proses ini. Sekiranya anda
sedang menonton televisyen, setiap kali iklan
sedang disiarkan, cuba naikkan kaki anda
setinggi boleh ataupun paling kurang
sehingga 45 darjah dari lantai dengan
menggunakan kekuatan paha. Lakukan paling
kurang 10 kali setiap kali iklan sedang
disiarkan.
#7)Ketika Membeli Belah
Walau ke mana sahaja anda pergi, cuba
letakkan kereta jauh sedikit daripada pintu
masuk untuk menggalakkan anda berjalan
lebih sedikit daripada biasa. Sekiranya anda
membeli barangan harian di pasar raya, cuba
bawa kesemua plastik ke kereta anda tanpa
menggunakan troli. Ia boleh bertindak
sebagai dumbel yang berfungsi menguatkan
otot anda ketika anda melakukan senaman
tanpa sedar ini.

3 Ogos 2015

Mutiara kata

Mutiara kata

Botol... ����

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...��

2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...����

3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...������

4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.����������

5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.����

Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...

Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...

Renungan untuk hari ini...
Nilai Duit.......������

-��Duit ..  tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
-�� Duit .. tak   boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duit.
- ��Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
- ��Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit.
- ��Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
- ��Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
- ��Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

��D-don't.
��U-use.
��I-intelligence.
��T-the wrong way.

Kata orang-orang bijak pandai, jika :
                                                    
1.   ��Ingin bahagia. -  Sembahyang awal waktu
2.   ��Ingin sihat  -  Berpuasa
3.   ��Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran
4.   ��Ingin wajah berseri  -  Jaga sembahyang Tahjud
5.   ��Ingin kaya  -  Sembahyang Dhuha
6.  ��Dihimpit masalah  - Beristghfarlah
7.  ��Berdukacita. -  Berdoalah
8.  ��Mahukan  keberkatan  -  Berselawatlah.

Yg membaca, tak untung
Yg brcakap, pun tak untung
Yg mndengar, pun tak untung
Yg untung, orang yang mempratikkannya, insyaAllah.

Mari kita amalkan��
" DUIT "
D - DOA
U - USAHA
I  - ISTIQAMAH
T - TAWAKAL
ORANG SOMBONG je takkan copy��          - Istana Paling Cantik → MASJID��          - Lagu Paling Sedap → AZAN ��          - Senaman Paling Baik → SOLAT��          - Hobi Paling Berfaedah → ZIKIR��          - Agama Paling Indah →ISLAM��          sy copy sbb sy islam.. ☺
Minta berhenti sekejap je...Baca lah ini..

Curi sedikit masa Emas kita... Gunakan 1 minit utk mengingati ALLAH

                Langkah 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih
      SUBHAANALLAH
      WALHAMDULILLAH
      WALAA ILAA
      HAILLALLAH
      ALLAHU AKBAR

      ASTAGHFIRULLAAH

LA ILAAHA ILLALLAAH, MUHAMMADURRASUULULLAAH

ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALAA ALIHI WA SAHBIHI AJMA'IIN

                     Langkah 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan
                     Langkah 3:
Forward pesan ini kpd sekurang-kurangnya 9 org yang anda kasihi.
                    
                     Hasil 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka utk mengingat, berdoa & bermunajat kpd ALLAH SWT.
                     Hasil 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka utk mengingat & berdoa utk Nabi Muhammad SAW
                     Hasil 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kita & di-AMIN-kan oleh para Malaikat...:)
Ambil hikmahnya aja ya teman,,
Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Malik
Ya Qudus
Ya Salam
Ya Mu'min
Ya Muhaimin
Ya Aziz
Ya Jabar.                                                                                                 Ya Mutakabbir
Ya Salam
Ya Hayyu
Ya Qoyum
Ya Sami
Ya RozaQ
Ya Mugni
Ya Malikal mulki
Ya Dzal djalalilwalikrom
Ya Gofar
Ya Mujib

Kirimkanlah asma Allah ini ke semua contact mu.  انشـــــاءاَللّهُ

TEMAN DAN SAHABAT BAIKMU

TEMAN DAN SAHABAT BAIKMU :
Di fb = 2000 orang
Ketika hidup = 30 orang
Saat susah =  2 orang
Saat jd jenazah = hanya keluarga
Saat di kubur = Engkau sendirian

WAKTU YG TERLUANG :
Tontonan Filem  = 130 minit
Siaran Langsung  = 90 minit
Telenovela = 60 minit
Makan = 60 minit
Solat = 5 minit

DUNIA HANYA 3 HARI :
Hari Semalam : Telah kau lalui, ia tak kan kembali lagi
Hari ini : sedang kau lalui, belum tentu dapat kau habiskan
Hari Esok : Hanya cita cita dan angan-angan yang belum pasti kau kecapi, entah di mana kau berada

MUHASABAH :

Setiap kali terbenam matahari senja
Makin pendek usia kita semua
Kubur bukan hanya buat yang tua
Dah ramai orang muda merasainya..

Ya Allah! Ampunilah dosa2 kami, tetapknlah iman kami, bimbinglah kami ke jln yg Engkau redhai, terimalah segala amalan kami & matikanlah kami dlm Husnul Kha'timah. Aamiin Ya Rabbal A'lamiin.

28 Jun 2015

FADHILAT MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERBUKA PUASA


DITULIS OLEH NADZIRAH PADA 24 JUN 2015. DITERBITKAN DI DALAM IRSYAD FATWA KHAS RAMADHAN
SOALAN 30 (24/06/2015 BERSAMAAN 07 RAMADAN 1436H)

Apakah fadhilat memberi makan kepada orang yang berbuka puasa?

JAWAPAN

Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Justeru, amat wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas galakannya ialah:

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda:

الصَّائِمُ إِذَا أَكَلَتْ عِنْدَهُ المُفَاطِرُ صَلَّتْ عَلَيْهِ الملائِكَةُ

Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.”

(Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)

            Berdasarkan nas hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan bagi mereka yang member makan orang yang berpuasa, apatah lagi mereka yang amat memerlukan seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang berhajat.

            Dinyatakan di sini sikap dan sifat tokoh ulama dalam member makan orang yang berpuasa:

Hasan al-Basri member makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan.
Abdullah bin al-Mubarak memberi makan kepada saudaranya ketika bermusafir dengan makanan yang lazat, sedangkan dia berpuasa.
Hammad menjamu setiap malam kepada orang ramai pada bulan puasa seramai 500 orang.
Abdullah bin Umar R.Anhuma berpuasa dan tidak berbuka kecuali bersama dengan fakir miskin.

            Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang suka menjamu mereka yang berpuasa.