jangan putus asa

jangan putus asa
Memaparkan catatan dengan label (Riwayat MusLim). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label (Riwayat MusLim). Papar semua catatan

25 Januari 2014

"Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata:

 Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda

"Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. 


Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama.

 Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.

 Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

(Riwayat Muslim)

25 Disember 2013

24 November 2013

SIAPAKAH ORANG MUFLIS DI AKHIRAT ?



"sebenarnya ORANG YANG MUFLIS daLam kaLangan umatku iaLah mereka yang
pada hari Kiamat datang dengan membawa pahaLa amaL sOLat, puasa, zakat
dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci MAKI ORANG,
MENUDUH TANPA BUKTI, MEMAKAN HARTA DENGAN ZALIM, MEMBUNUH DAN MEMUKUL
SESUKA HATI. LaLu pada hari Kiamat, Orang yang dizaLimi akan MENERIMA
PAHALA AMAL SI PENZALIM. Jika pahaLa amaLnya teLah habis (diberikan)
sedangkan kesaLahan dan dOsanya semasa di dunia kepada Orang yang tidak
berdOsa masih banyak, maka ALLAH S.W.T akan memberikan puLa dOsa Orang
yang dizaLimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya. LaLu ALLAH
S.W.T campakkan DIA KE DALAM NERAKA"

(Riwayat MusLim)