jangan putus asa

jangan putus asa
Memaparkan catatan dengan label At-Turmudzi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label At-Turmudzi. Papar semua catatan

16 Januari 2014

ORANG SUSAH SUMBER KEKUATAN.

 Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Carilah keredhaanKu menerusi (pertolongan kepada) orang-orang yang lemah di kalangan kamu; kerana sesungguhnya kamu diberi rezeki & diberi pertolongan (terhadap musuh) ialah dengan sebab (pertolongan kamu) kepada orang-orang yang lemah di kalngan kamu." 

(HR.Ahmad, Abu Dawud, At-Turmudzi, An-Nasaa'iy, Ibnu Hibban dan Al-Haakim)

15 Januari 2014

IBADAT ITU KUNCI KEJAYAAN, KEKAYAAN & KEBAHAGIAAN

. Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith Qudsi yang bermaksud:

 "Sesungguhnya Allah Taala berfirman: 

"Wahai anak Adam (manusia)! Tumpukan peribadatan kepadaKu nanti Aku memenuhkan hati di dada engkau dengan rasa raya (tidak memerlukan makhluk), dan Aku akan menutup kefakiran engkau, dan jika engkau tidak melakukan demikian, Aku akan penuhkan tangan engkau dengan kekalutan, dan Aku tidaklah menutup keperluan engkau kepada manusia (engkau menjadi bergantung kepada makhluk)."


 (HR. Ahmad, At-Turmudzi, ibnu Maajah dan Al-Hakim)