jangan putus asa

jangan putus asa

27 Januari 2014

" TUJUH RAHSIA ISTIGHFAR "

 
 ❥ Istighfar adalah memohon ampun kepada ALLAH Subhanahu Wata'ala dengan kalimat: 
 
Astaghfirullaahal'adzhiim atau dengan kalimat lain yang semakna..
 Permohonan Ampun ini dilakukan dengan hati yang tulus dan diiringi dengan penyesalan atas kesalahan yang telah diperbuat serta bertekad untuk tidak mengulanginya..
 
 Inilah 7 Rahsia Istighfar : 
 
 ❥ 1 : MENDATANGKAN AMPUNAN ALLAH.. 
Maka aku berkata (kepada mereka) Mohon-lah ampun kepada RABB-mu sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun.. 
(QS. Nuh :10).. 
 
 ❥ 2 : MENGATASI KESULITAN DAN TERBUKA NYA PINTU REZEKI 
Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti ALLAH memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rizki yang tiada terhingga padanya.. 
(HR. Abu Daud).. 
 
❥ 3 : MENAMBAH KEKUATAN.. 
 Dan (Hud berkata): Hai kaum-ku, mohon-lah Ampunan kepada RABB-mu lalu bertaubat-lah kepada-NYA, Niscaya DIA akan menurunkan hujan yang sangat deras dan DIA akan menambahkan kekuatan diatas kekuatan mu.. 
(QS. Hud :52) 
 
 ❥ 4 : MEMPEROLEH BANYAK KENIKMATAN.. 
Dan hendak-lah kamu memohon Ampun kepada RABB-mu dan bertaubat kepada-NYA, Niscaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik kepada-mu sampai kepada waktu yang telah di tentukan... 
(QS. Hud :3)... 
 
 ❥ 5 : TURUN NYA RAHMAT...  
Hendak-lah kamu memohon ampun kepada ALLAH, agar kamu mendapat rahmat... (QS. An-Naml :46)... 
 
❥ 6 : SEBAGAI KAFARATUL MAJLIS... 
 Barangsiapa yang duduk dalam satu Majlis (perkumpulan orang) lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sianya atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari Majlis membaca (Istighfar): Subhaanakallahumma wa bihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta Astaghfiruka wa atuubu ilaih... (Maha suci ENGKAU YAA ALLAH,dan aku memuji-MU dan aku bersaksi bahwa tiada ALLAH melainkan ENGKAU, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-MU)... Maka ia akan diampuni kesalahan-kesal ahan yang diperbuatnya selama di Majlis itu...
(HR. Ath-Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Hibban, Abu Daud dan Al-Hakim) 
 
 ❥ 7 : TERHINDAR DARI AZAB ALLAH... 
 Dan tidak-lah (pula) ALLAH akan mengadzab mereka, sedang mereka masih memohon ampun(Istighfar)
 (QS. Al-Anfal :33)

25 Januari 2014

20 PERKARA MEMBAWA KE SYURGA:


1. Menjaga solat subuh dan asar.
2. mendapat haji yang mabrur.
3. Banyak berpuasa sunat.
4. Banyak membaca Surah Al-Ikhlas.
5. Membina masjid.
6. Menghafaz 99 nama Allah.
7. Memelihara anak yatim.
8. Berakhlak mulia.
9. Memelihara lidah dan kemaluan.
10. bagus dalam mendidik anak perempuan.
11. Menjauhi dosa-dosa besar.
12. Mati dalam keadaan bersyahadah.
13. Bedoa selepas berwuduk.
14. Sentiasa ke masjid pagi / petang.
15. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
16. Membaca ayat kursi selepas solat fardu.
17. Sabar atas kematian anak kecil.
18. Menghilangkan gangguan jalan.
19. Berjihad di jalan Allah.
20. Solat di awal waktu dan berbakti kepada ibubapa.

MARAH



"JANGAN SUKA MARAH" 

Bila kita dimarahi, jangan sekali-kali kita balas kembali dengan kemarahan juga kerana ia akan lebih memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang.

Redakan kemarahan dengan istighfar, solawat & zikir (lagi bagus ambil wudhu' & berpindah tempat) & fikirkan apa solusi yang terbaik.


InshaaAllah

 jika kita serius fikirkan solusi, keadaan yang tegang kembali tenang & jalan penyelesaian akan terbentang. 

Satu lagi, jaga niat & ingat Allah sentiasa dalam apa jua keadaan.

 Nabi saw. bersabda, 

“Api yang kamu nyalakan di dunia ini hanya sepertujuh puluh dari panas api neraka. Kalau sebahagian kecil sahaja api neraka jatuh ke dunia nescaya mendidih air laut kerana panasnya.”
(HR. Muslim)


"Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata:

 Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda

"Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. 


Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama.

 Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.

 Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

(Riwayat Muslim)

۞ MARI BERKONGSI ILMU ۞


Hari-hari kita makan ayam, tapi tahukah kita yang ayam adalah binatang yang boleh melihat malaikat... Nabi suruh kita sebut "SubhanAllah" bila mendengar ayam berkokok dan ambillah kesempatan untuk berdoa:

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:


  1. - Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
  2. - Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  3. - Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  4. - Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  5. - Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  6. - Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  7. - Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  8. - Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  9. - Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

23 Januari 2014

- FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN



1.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2.Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3.Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6.“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11.Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13.Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14.Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).