1) Seorang hamba hendaklah menjaga ibadah-ibadah wajib.
Ibadah ini merupakan kunci pertama dan jalan utama menuju Allah s.w.t.
Barangsiapa yang tidak melaksanakannya, maka dia adalah fasik dan tidak
mentaati perintah Allah.
2) Membaca Al-Quran dengan tadabbur.
Al-Quran adalah kalam Allah di muka bumi ini. Jadikanlah Al-Quran itu
surat cintamu. Al-Quran adalah penawar bagi hati sedang ia merupakan
juzuk terpenting dalam diri manusia yang mengawal anggota-anggota badan
dan pengislahan diri bermula daripadanya.
3) Sentiasa berzikir kepada Allah.
Zikir kepada Allah dapat mengusir syaitan, dapat perlindungan dari-Nya,
dan jauh dari segala yang menyebabkan murka-Nya. Berzikir juga dapat
membuatkan hati kita tenang. Jadikanlah zikir itu kerinduanmu.
4) Sering mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah sunat.
Misalnya : sedekah & puasa.
Mungkin ramai di antara kita yang berasa selamat dengan sekadar
mengerjakan ibadah wajib semata-mata. Namun, kita harus ingat bahawa
sebagai manusia biasa, kita mempunyai banyak kelemahan dan kita tidak
akan dapat lari dari melakukan kesilapan. Oleh itulah, sebagai hamba
Allah yang lemah, kita membanyakkan ibadah sunat sebagai menampung
kesilapan-kesilapan yang mungkin kita lakukan dalam ibadah wajib.
Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika nak dibandingkan
dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah.
Sekiranya engkau
kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu
selagi yang selautan itu masih engkau miliki. Ingatlah, takkan kau rasai
indahnya cinta andai tiada cinta buat Yang Esa. Ana mengajak diri ana
dan anda, marilah kita sama-sama melahirkan rasa cinta kepada Allah
s.w.t.
Moga-moga kita dapat meraih cinta-Nya dan seterusnya menjadi
hamba Allah yang bertaqwa.
Insyaallah.
.. Sahabat ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan