PESANAN ROH PADA MANUSIA..
BACA SAMPAI HABIS KALAU ANDA NAK TAHU
BERTAPA HEBATNYA ALLAH S.W.T MENRANGCANG PERJALANAN UNTUK HAMBANYA KE
SYURGA DAN JUGA KE NERAKA..
Apabila roh keluar dari jasad, ia
akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu
roh berkata :
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat
ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah
engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan
menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila
terlepasnya roh dari tubuh"
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh"
Setelah dimandi
dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil
dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani
kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau
suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari
Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah
kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya"
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali
terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,
roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai
anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan
aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku
dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku"
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku"
Ada satu riwayat drp
Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu
mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka
mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam
keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai
ketiadaan nur itu.
Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka
yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku"
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi
Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan
menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi
Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama
selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.
Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan
lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw
bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan
dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan
kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain
masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong
dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.
"Sambung Rasullullah saw
lagi:"
Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang
yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga,maka dia akan lupa kepada orang yang berada
di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang
nazak itu orang munafik,maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah
kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.Ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi
tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya
maka datanglah malaikat
maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari
arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan
ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
swt "
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat
maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut
mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan
orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar
penulisan ilmu.
Maka berkata tangan:
Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan
sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula
dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki
berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini
juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut
mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula
dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka
telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali
malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata:"Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab
dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal
maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt
berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."Sebaik saja
mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu
dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut
dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi
setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar ra:"Roh itu menuju
ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3.
Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh
para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara
tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh
anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda
Rasullullah saw:
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh
para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang
mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa
di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau
rajin.Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Renung2kanlah.....
Sila(share)kisah ini kepada semua saudara2 Islam kita..
segala yg baek
tu dtgny dr ALLAH...
Allah'hualam..
*copy paste...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan