jangan putus asa

jangan putus asa

21 Februari 2015

Petua Murah Rezeki


 
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT)
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan
rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan
konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah
(SWT) memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki
dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca
kebaikan dunia dan akhirat.      

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri
hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis
qudsi:

“ Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk
menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu
kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak
melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu. ” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu
Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa
seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang
menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan
kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan
melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:

“ Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah
(SWT) s.w.t akan menghapuskan segala
kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka. ” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih
buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah
malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w.:

“ … dan seorang lelaki akan diharamkan baginya
rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-
Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang
dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang
hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman.

Firman-Nya:

“ (iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka
menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah (SWT) hati menjadi
tenteram. ” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah
s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang
umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti
kepada ibu bapanya dan menyambung tali
kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda:

“ Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka
kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan
memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala,
at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab
mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi
s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada
kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki
(Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim
dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini
termasuklah menggembirakan dan meraikan orang
tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga
isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sabda
Nabi s.a.w.:

“ Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi
rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di
kalangan kamu. ” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah
(SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya
hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“ Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka
Allah (SWT) akan menunaikan
hajatnya… ” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika
hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat
itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan
menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“ Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya
kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad
dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala
kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit
rezeki dan makhluk lain mengutuknya. ”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi
(memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai
solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang
berkat.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“ Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan
dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-
saudaranya. ” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w.
dan meminta pedomanm mengenai beberapa
perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh
Allah (SWT) .

Baginda s.a.w. bersabda:

“ Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari
hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan
rezeki. ” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid
al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan
menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki.

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-
Awwam:

“ Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki
hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh
Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang
membanyakkan pemberian kepada orang lain,
nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya.
Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah
(SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-
Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud
memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab
seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan
doanya dimakbulkan Allah (SWT)

12 Februari 2015

"INGAT lima pekara" "SEBELUM datang lima pekara"


:
1) [Sihat] sebelum "Sakit"
2) [Muda] sebelum "Tua"
3) [Kaya] sebelum "Miskin"
4) [Masa lapang] sebelum "Sempit"
5) [HIDUP] sebelum "Mati"