jangan putus asa

jangan putus asa

8 Februari 2014

Ketahuilah, itulah yang dikatakan hati.”

“Sesungguhnya dalam jasad manusia terdapat segumpal darah yang apabila keadaannya suci murni,

maka akan sucilah juga seluruh anggotanya.

Jika keadaannya rosak, akan rosak jugalah seluruh anggota badannya.

Ketahuilah, itulah yang dikatakan hati.” 

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

5 Februari 2014

SISTEM RM 1....?



****************

"Sistem RM1 merupakan idea untuk melatih diri kita bersedekah atau memberi dengan sistematik dan istiqamah."

"Apabila ada orang meminta dan kita pun memberi ; itu biasa..., setuju?" soal saya.

" Setuju"

"Yang luar biasa adalah setiap hari kita mencari peluang untuk memberi dan bersedekah..., setuju?" soal saya lagi.

" Setuju"

Baiklah,

" Sistem RM1 adalah idea untuk melatih diri kita menjadi orang yang luar biasa." sambung saya.

Dan saya bertanya lagi, " Mengapa orang yang bekerja mendapat gaji setiap bulan?"

"Kerana orang yang bekerja, bekerja setiap hari..." 

"Pergi pagi pulang petang, pergi pagi pulang petang, pergi pagi pulang petang..., dan di hujung bulan dapa income" jawab saya kepada soalan sendiri.

Kemudian saya diam sebentar..,

Setelah itu, disambung dengan kata-kata di bawah:

" Bagaimanakah agaknya rezeki orang yang bersedekah setiap hari?"

" Bagaimanakah agaknya rezeki orang yang setiap hari asyik berfikir siapakah orang untuk dia beri...?"

Nah, di sinilah maksud latihan (eksperimen) Sistem RM1 .

"Bagaimana untuk mula bereksperimen?" tanya saya lagi.

****************
Mulai hari ini 1/2/2014, anggaplah hari pertama.(Hari 1)

Pada hari ini cari orang untuk disedekahkan RM1


Esok, hari ke-2 , cari lagi orang untuk disedekahkan RM2

Lusa, hari ke-3, cari lagi orang untuk disedekahkan RM3

"Andainya sistem ini diteruskan...berpakah sedekah yang perlu dikeluarkan pada hari ke 10?" tanya saya.

"RM10"

Pada hari ke -20?

"RM20"


Pada hari ke-40?

"RM40"

*********************
Nah, sekarang saya ingin bertanya; siapakah yang sanggup memulakan latihan ini sekarang?
Dan meneruskannya sehingga hari ke-40? Malah sehingga hari ke 365?
Siapakah...?

Motivasi Pagi.


Foto Motivasi Pagi.

4 Februari 2014

Semangat Positif ‏


Tuhan tak akan memberikan cobaan yg melebihi batas kekuatanku.

 Aku percaya kepadaMu 
ya Tuhanku,
 bersamaMu
 aku dapat melalui apapun.

2 Februari 2014

Beza Antara Jatuh Cinta Dan Membina Cinta


Beza Antara Jatuh Cinta Dan Membina Cinta


Jatuh Cinta
Jatuh Cinta
Mengapa orang berkahwin? Kerana mereka jatuh cinta.
Mengapa rumah tangganya kemudian bahagia?
Adakah kerana mereka masih jatuh cinta? Tidak.
Tetapi kerana mereka terus membina cinta.
Jatuh cinta itu mudah, dalam masa 10 minit juga boleh. Tetapi membina cinta itu sangat susah, perlukan waktu seumur hidup.

Mengapa jatuh cinta mudah?

Kerana saat itu kita buta, bisu dan tuli terhadap keburukan pasangan kita.
Tetapi sewaktu memasuki alam perkahwinan, tiiada yang dapat ditutupi lagi. Tinggal bersama 24 jam sehari 7 hari dalam seminggu, semua belang tersingkap..
Disinilah terletaknya perbezaan jatuh cinta dan membina cinta. Jatuh cinta dalam keadaan menyukai. Namun membina cinta diperlukan dalam keadaan jengkel.
Dalam keadaan yang jengkel, cinta bukan lagi wujud dalam bentuk pelukan, melainkan berbentuk iktikad baik memahami konflik dan bersama-sama mencari penyelesaian yang dapat diterima semua pihak.
Cinta yang dewasa tak menyimpan rahsia, walaupun mengenai hal sensitif  untuk  diungkapkan. Namun sepeka apapun masalah itu perlu dibicarakan agar kejengkelan tak berlarutan.
 Syarat untuk berjaya dalam pembicaraan adalah kita dapat saling memahami perasaan.
Jika suami isteri saling mementingkan perasaan sendiri, mereka akan saling melukai. Jika dibiarkan berlarutan, mereka akan saling memusuhi dan rumah tangga sudah berubah bukan lagi sebagai syurga tetapi neraka.

Apakah keadaan ini masih boleh diperbaiki?

Tentu saja boleh, jika masing-masing mengingati kembali komitmen awal kita dulu, apakah masa dulu kita ingin mencari teman hidup atau musuh hidup.
Kalau memang mencari teman hidup kenapa sekarang malah bermusuhan?
Mencari teman hidup memang dimulai dengan jatuh cinta. Tetapi sesudah itu, cabaran terbesar adalah membangun cinta.
Bererti mendewasakan cinta sehingga kedua pihak dapat saling bermuhasabah, berunding, menghargai, berkongsi rasa, menopang, setia, mendengarkan, memahami, mengalah dan bertanggung jawab.
Jatuh cinta? Tidak salah.
Tetapi cinta lepas  kahwin itu lebih baik dan indah kerana kita terus dapat  membangunkan cinta..