jangan putus asa

jangan putus asa

5 Februari 2014

SISTEM RM 1....?



****************

"Sistem RM1 merupakan idea untuk melatih diri kita bersedekah atau memberi dengan sistematik dan istiqamah."

"Apabila ada orang meminta dan kita pun memberi ; itu biasa..., setuju?" soal saya.

" Setuju"

"Yang luar biasa adalah setiap hari kita mencari peluang untuk memberi dan bersedekah..., setuju?" soal saya lagi.

" Setuju"

Baiklah,

" Sistem RM1 adalah idea untuk melatih diri kita menjadi orang yang luar biasa." sambung saya.

Dan saya bertanya lagi, " Mengapa orang yang bekerja mendapat gaji setiap bulan?"

"Kerana orang yang bekerja, bekerja setiap hari..." 

"Pergi pagi pulang petang, pergi pagi pulang petang, pergi pagi pulang petang..., dan di hujung bulan dapa income" jawab saya kepada soalan sendiri.

Kemudian saya diam sebentar..,

Setelah itu, disambung dengan kata-kata di bawah:

" Bagaimanakah agaknya rezeki orang yang bersedekah setiap hari?"

" Bagaimanakah agaknya rezeki orang yang setiap hari asyik berfikir siapakah orang untuk dia beri...?"

Nah, di sinilah maksud latihan (eksperimen) Sistem RM1 .

"Bagaimana untuk mula bereksperimen?" tanya saya lagi.

****************
Mulai hari ini 1/2/2014, anggaplah hari pertama.(Hari 1)

Pada hari ini cari orang untuk disedekahkan RM1


Esok, hari ke-2 , cari lagi orang untuk disedekahkan RM2

Lusa, hari ke-3, cari lagi orang untuk disedekahkan RM3

"Andainya sistem ini diteruskan...berpakah sedekah yang perlu dikeluarkan pada hari ke 10?" tanya saya.

"RM10"

Pada hari ke -20?

"RM20"


Pada hari ke-40?

"RM40"

*********************
Nah, sekarang saya ingin bertanya; siapakah yang sanggup memulakan latihan ini sekarang?
Dan meneruskannya sehingga hari ke-40? Malah sehingga hari ke 365?
Siapakah...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan