jangan putus asa

jangan putus asa

6 Disember 2015

"CARA BERSENAM TANPA BANYAK USAHA"


Rata-rata rakyat Malaysia masih malas untuk
bersenam bagi menjamin kesihatan yang baik
sehingga ke tua. Khas untuk anda yang
mempunyai ‘alahan’ terhadap senaman, di
sini kami senaraikan beberapa cara untuk
anda kekal fit tanpa perlu ke gimnasium
mahupun mengenakan kasut sukan anda!
Kami gelarinya ‘senaman tanpa banyak
usage’.
#1)Ketika Melihat Cermin Setiap Pagi
Menurut Pakar Bedah Ortopedik, Michael
Shepard mencadangkan anda mengubah cara
anda berdiri ketika menghadap cermin di
waktu pagi. Tarik bahu ke dalam untuk
mendapatkan postur yang baik dan
dongakkan dagu sedikit ke atas ketika anda
berdiri tegak di hadapan cermin. Ini bukan
sahaja dapat mengurangkan sakit belakang
tetapi juga mampu mengelakkan anda
menjadi bongkok apabila usia anda
meningkat kelak.
#2)Ketika Memberus Gigi
Jika selalunya anda hanya berdiri tegak
ketika memberus gigi, apa kata mulai
daripada hari ini anda amalkan senaman
cangkung ketika melakukannya. Menurut
Pengasas Nashville Fitness, Irv Rubenstein,
sekiranya anda melakukan squat secara
perlahan-lahan ketika menggosok gigi, ia
boleh meningkatkan kekuatan lutut dan
mengurangkan risiko artritis apabila anda
sudah berusia walaupun anda hanya
melakukan hanya enam hingga ke lapan kali
sahaja.
#3)Ketika membasuh Pinggan
Setiap kali anda membasuh pinggan, cuba
berdiri dengan satu kaki sahaja. Cara ini
dapat mengukuhkan kawalan saraf di sekitar
buku lali, lutut dan pinggul yang boleh
membantu anda mengekalkan sokongan kaki
ketika menjalani aktiviti seharian. Ia turut
membantu anda memahami kestabilan tubuh
badan sendiri.
#4)Ketika Di Tempat Kerja
Kami faham anda terlalu banyak kerja di
pejabat tetapi jangan sekali-kali anda lupa
untuk take 5 di dalam setiap satu jam anda
menghadap komputer. Sekiranya malas untuk
berjalan, ambil masa untuk melakukan
regangan. Luruskan tangan ke hadapan selari
dengan lantai dan regangkannya.
Lakukannya bergilir-gilir dan regangkan
sekali jari anda. Ini penting untuk
mengelakkan anda daripada terkena penyakit
sendi.
#5)Ketika Bercakap di Telefon
Jadikan panggilan telefon sebagai alasan
untuk anda bergerak. Letakkan telefon bimbit
berjauhan dengan anda supaya anda boleh
berjalan mendapatkannya apabila telefon
berbunyi. Ataupun anda boleh bercakap
sambil berjalan daripada bermalas-malas di
atas katil ketika berborak di telefon. Ini
secara tidak langsung membuatkan anda
bertambah aktif sepanjang hari.
#6)Ketika Menonton Televisyen
Saiz otot paha anda semakin mengecil selari
dengan peningkatan umur. Jadi
pergerakannya walau sedikit mampu
melambatkan proses ini. Sekiranya anda
sedang menonton televisyen, setiap kali iklan
sedang disiarkan, cuba naikkan kaki anda
setinggi boleh ataupun paling kurang
sehingga 45 darjah dari lantai dengan
menggunakan kekuatan paha. Lakukan paling
kurang 10 kali setiap kali iklan sedang
disiarkan.
#7)Ketika Membeli Belah
Walau ke mana sahaja anda pergi, cuba
letakkan kereta jauh sedikit daripada pintu
masuk untuk menggalakkan anda berjalan
lebih sedikit daripada biasa. Sekiranya anda
membeli barangan harian di pasar raya, cuba
bawa kesemua plastik ke kereta anda tanpa
menggunakan troli. Ia boleh bertindak
sebagai dumbel yang berfungsi menguatkan
otot anda ketika anda melakukan senaman
tanpa sedar ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan