jangan putus asa

jangan putus asa

22 Januari 2015

Amalan Setiap Hari Nabi Muhammad SAW


Sesiapa yang berwuduk saat ingin
tidur dan meminta supaya ALLAH berikan
kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di
kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam
keadaan berwuduk.

Sesiapa yang berselawat tidak kiralah
banyak mana hitunganya setiap hari akan
dapat keberkatan dalam apa jua dengan
syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

Sesiapa yang berselawat 41 kali
sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan
daripada sifat tercela seperti hasad
dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
Berselawat 33 kali sehari dapat
menjernihkan hati, mudah memahami akan
sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping
beroleh ketenangan fikiran.

ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil
dengan kita mengamalkan berselawat
sebanyak 11 kali tiap kali selesai
menunaikan solat fardu.

Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi
membiasakan diri denganmengambil makanan
yang terdekat, kemudian baru di ambil
hidangan yang lainnya sebagai simbolik
kesopanan.

Amalkan membaca selawat sebanyak 1000
kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan
kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu
berusahalah untuk menerokai pelbagai
ilmu.

Sesiapa yang berniat mandi(untuk
solat Jumaat) kemudian pakai pakaian
terbaik & wangian lalu solat Jumaat,
dosanya akan diampun hingga Jumaat
berikutnya - Ahmad.

Sesiapa yang mengamalkan berselawat
11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH
dirinya akan lebih dihargai oleh orang
lain.

Uthman bin Affan riwayatkan bahawa
Nabi SAW apabila berwuduk, beliau
membasahi janggutnya - Tirmizi.

Nabi tidak pernah mencela makanan.
Jika baginda suka, beliau makan dan
sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari.
Apatah lagi jika makanan itu pemberian
orang lain.

Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi
SAW makan dengan 3 jari (ibu jari
telunjuk & tengah) - Muslim. Jarang
sekali beliau makan dengan 4 atau 5 jari
kecuali ada keperluan.

Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa
berselawat walau sekali pada malam
Jumaat, saat mautnya kelak akan
dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi
oleh para nabi.

Setiap penyakit ada penawarnya.
Bacalah selawat tujuh kali pada air dan
minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau
memulas akan sembuh.

Perbaharui wuduk tiap kali bersolat
krn padanya terdapat banyak fadhilat.
Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam
keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan
baginya - Abu Dawud.

Sesiapa yang mengamalkan membaca
selawat tiga kali setiap selepas solat
lima waktu akan dihilangkan kebuntuan
fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

Nabi S.A.W sering menghadap ke kanan
sedikit setelah solat berjemaahsupaya
makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya
imam berzikir dan doa seketika bersama
makmum.

Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil
dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak
11 kali tiap kali selesai menunaikan
solat fardu.

Nabi tak makan sambil bersandar -
Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan
duduk condong sedikit ke hadapan bagi
elakkan dirinya terlalu kenyang &
memudahkan penghadaman.

Menurut Syihab Ahmad, sesiapa
berselawat tiga kali tiap selesai solat
subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan
menghindarkannya drp sebarang bencana.

Nabi sering beristinsyaq air ke dalam
hidung dan menghembuskannya. Selain
membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan hidung.

Setelah bersolat Nabi memohon ampun
(astagfirullahalaziim) tiga kali -
Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi
adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
Sesiapa yang amalkan berselawat
sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan
memeliharanya daripada sebarang ancaman
musuh serta bahaya fitnah.

Apabila Nabi tidur, ia dahulukan
mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari
segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk
jantung (yang berada di kiri badan)
mengepam darah.

Amalan berselawat secara teratur
setiap hari mampu membersihkan kekeruhan
jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan
dan mendapat keampunan daripadaNYA.

Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-
Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup
telapak tangan serta menyapu ke seluruh
tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari.

Membaca selawat 10 kali pada setiap
waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada
mendapat kemurkaan ALLAH.

Wuduk dahulu jika ingin tidur
sekalipun dalam keadaan junub. Nabi
menyarankan, cukup dengan bersihkan
kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi
wajib jika ingin tidur.


Menurut As-Shawi, sesiapa yang
membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan
serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
Silangkan kaki jika tidur di masjid.
Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di
masjid dgn satu kakinya atas kaki yang
lain (krn bimbang terdedah aurat) -
Bukhari.

Sesiapa yang membaca selawat sebanyak
tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-
turut, ia bakal mendapat syafaat
(pertolongan) daripada baginda S.A.W.


Adakalanya Nabi S.A.W amat menyukai
doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud.
Baginda mementingkan kualiti doa itu
sendiri dengan sedikit tetapi maknanya
yang menyeluruh.

Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa
yang berhajat menemui Nabi S.A.W dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat
sebanyak 70 kali sehari.


Setelah bersolat Nabi S.A.W mohon
ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali -
Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi
adakalanya beristighfar 75 kali sehari.

Nabi seorang yang berpsikologi dalam
memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang
sesuai untuk menasihati sahabat supaya
mereka tidak bosan (atau tersinggung) -
Bukhari.

Ada riwayat yang menyatakan bahawa
amalan berselawat 80 kali tiap selepas
solat Asar pada hari Jumaat, insyaALLAH
akan dihapuskan dosa-dosa kecil
seseorang.

Menutup mulut dan rendahkan suara
tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin,
beliau letakkan tangan atau pakaiannya di
mulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu
Dawud.

Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan
dengan zikir, termasuklahberselawat
sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu
Maha Luas rahmatNya.
Sabda Nabi S.A.W: Barangsiapa yang
berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada
hari Jumaat, maka ia akan datang pada
hari kiamat dengan keadaan bercahaya -
Abu Naim.



Nabi tidak pernah menolak hadiah.
Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat
menghargainya - Bukhari.

Sesiapa yang sering mengamalkan
berselawat pada setiap hari, ALLAH akan
bukakan pintu rahmat dan rezeki yang
tidak disangka-sangka baginya.
Selalu memilih yang lebih mudah.

Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu
sukarkannya - Muttafaq Alaih.

Berdiri apabila melihat iringan
jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian
melihat jenazah ( yang diusung), maka
berdirilah (sbg tanda penghormatan) -
Muttafaq Alaih.

Ulamak berpendapat, sesiapa yang
amalkan selawat saban hari tak kira
berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan
daripada taun & wabak penyakit berbahaya
yang lain.

Bersujud syukur jika dapat khabar
gembira. Nabi sering melakukannya ketika
beroleh khabar yang menyenangkan sebagai
tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu
dawud.


Membaca selawat 1000 kali selepas
Solat Hajat dua rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita
serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.


Beri salam hingga tiga kali sahaja.
Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi
rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali -
Bukhari. Jika salamnya tak berjawab,
beliau beredar.

Menurut para ulamak, sesiapa yang
inginkan saat kematiannya dalam kesudahan
yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10
kali setiap selesai solat Maghrib.

Melakukan pekerjaan rumah. Hadith:
Bantuan terhadap isterimu itu adalah
sedekah - Ad-Dailami.

Para ulamak berpendapat, ALLAH
sempurnakan hajat yang baik dengan
senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali
setiap hari, diikuti dengan usaha yang
berterusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan