jangan putus asa

jangan putus asa

10 Januari 2015

KELEBIHAN MEMELIHARA TANGGUNGJAWAB


Ditulis oleh Ustaz Muneer Mohamed Farid Al- Hafiz

AMANAH adalah satu hak yang
dipertanggungjawabkan kepada seseorang sama ada
tanggungjawab itu milik Allah ( hak Allah ) mahupun
hak manusia ( hak insan) – baik berupa pekerjaan
mahupun perkataan dan pekerjaan hati .
Pengertian amanah
Pengertian amanah bererti – menempatkan sesuatu
pada tempatnya yang wajar , seperti sesuatu
kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang
betul- betul berhak dan yang betul - betul mampu
menunaikan tugas dan kewajipannya dengan benar .

Ramai orang menganggap bahawa pengertian amanah
itu hanya untuk menjaga urusan yang melibatkan
kewangan dan harta benda sahaja, sedangkan
pengertian amanah di dalam Islam cukup luas dan
berat untuk pertanggungjawabkan .

Inilah pengertian
amanah yang sebenarnya.

Daripada riwayat Al - Bukhari,
Nabi s .a .w . bersabda
yang bermaksud :

“ Kamu sekalian adalah pemimpin
dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab
tentang apa yang kamu pimpin . Ketua atau imam
adalah pemimpin dalam masyarakatnya , dia akan
diminta bertanggungjawab tentang apa yang
dipimpinnya.

Suami adalah pemimpin dalam keluarganya , dia akan
diminta bertanggungjawab tentang apa yang
dipimpinnya. Isteri juga pemimpin dalam
mengendalikan rumah tangga suaminya , dia juga akan
diminta bertanggungjawab tentang apa yang
dipimpinnya. Pembantu rumah tangga juga pemimpin
dalam mengawasi harta benda majikannya, dia juga
akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang
dipimpinnya. ”

Daripada hadis ini jelaslah bahawa setiap orang yang
hidup tidak akan dapat melepaskan diri daripada
tanggungjawab dan setiap orang yang hidup itu juga
tidak akan dapat melepaskan tugasnya kepada orang
lain dengan begitu sahaja. Ini adalah kerana
semuanya itu akan ditanya oleh Allah s . w .t ., apakah
amanah yang diberikan itu dapat dilaksanakan
dengan baik atau sebaliknya.

Suatu kisah di sebalik amanah
Terdapat satu kisah yang telah diceritakan oleh
Abdullah Ibnu Dinar :

“ Pada suatu hari , saya berjalan
bersama Khalifah Umar al- Khatab di Makkah . Di
pertengahan jalan, kami bertemu dengan seorang
hamba yang bekerja sebagai penggembala sedang
menggembala kambing -kambing tuannya di suatu
kawasan lapang . Melihat demikian, Sayidina Umar
berkata kepada si hamba penggembala kambing itu ,
‘ Juallah kambing itu kepada saya .’
Si hamba itu pun menjawab: ‘ Kambing ini bukan
kambing saya , ia kepunyaan tuan saya .’ Kemudian
Sayidina Umar sekali lagi cuba menawarnya ,
‘ Bukankah nanti kamu boleh mengatakan kepada tuan
kamu bahawa seekor daripada kambing- kambing itu
telah dimakan oleh serigala. Nanti pasti tuan kamu
tidak akan mengetahui yang kambing itu telah dijual. ’
‘ Tidak. .. saya tidak mahu , ’ kata budak itu .
‘ Sesungguhnya Allah maha mengetahui.’
Sayidina Umar terkejut mendengar kata -kata si
hamba tersebut . Lalu menangislah Sayidina Umar dan
berkata kepada pengiringnya supaya memanggil tuan
kepada si hamba itu . Sayidina Umar pun membeli
hamba tersebut lalu memerdekakannya dengan
berkata, ‘ Mulai hari ini kamu bebas merdeka di dunia
dan kamu akan lapang di akhirat. ’”

Firman Allah s .w . t . dalam surah al- Nisa’ ayat 58 yang
bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu
menyampaikan amanah kepada orang yang berhak
menerimanya, dan ( menyuruh kamu ) apabila
menetapkan hokum di antara manusia supaya kamu
menetapkannya dengan adil. ”

Untuk memenuhi erti amanah, manusia hendaklah
berlumba menunaikan tugasnya dengan tegas dan
bersungguh-sungguh serta sebaik -baiknya . Ini adalah
disebabkan , menyempurnakan tanggungjawab dengan
amanah amat disanjung tinggi malah diwajibkan
dalam Islam .

Selain itu , Islam juga menyarankan agar dalam
menyempurnakan amanah itu diiringi sekali dengan
keikhlasan. Kerana, keikhlasan itu dapat
melengkapkan sifat amanah.

Akhir kalam , semoga Allah s . w .t . menolong kita untuk
menjadikan kita orang yang sentiasa beramanah
dalam setiap apa pun pekerjaan yang kita lakukan .
Insya-Allah .

“ Ya Allah , jadikanlah agama kami agama yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s .a. w ., Islam kami
sebagaimana Islam orang-orang Muslimin , iman kami
sebagaimana iman orang- orang Mukminin , solat kami
sebagaimana solat orang- orang yang khusyuk ,
amalan kami sebagaimana amalan orang -orang
soleh , niat kami sebagaimana niat orang-orang yang
ikhlas. Terimalah amalan kami, ya Allah .”

Amin Ya
Rabbal Alamin .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan