jangan putus asa

jangan putus asa

12 April 2015

CERITA seekor katak

Ada seekor katak  yg nampak nelayan.. sedang memancing... Jadi katak  itu pun masuk kedalam air  dan ingin berjumpa ikan . Katak itu tegur ikan  yg sedang memakan umpan nelayan.. itu.Katak  itu beritahu pada ikan  "jangan makan cacing  ni, sebenarnya ini perangkap.
Kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah.., kulit kau akan dibakar atas  api . mereka akn makan kau ( sebabnya katak  ini tahu keadaan di atas darat )".
Tapi ikan  ini tak ambil endah teguran si katak  dan bila sahaja ikan  itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas.., ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak  sebenar adalah benar. Dia yakin yg dia akan di bakar , kulitnya akan disiat.., perutnya akan dibelah. Ikan  itu sangat menyesal...Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.
Ulama' beritahu.
Keadaan sama pada kita manusia ....bila ada orang  beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga️, azab neraka..,titian sirat, kita ambil tak endah saja.
Bila sudah mati ,hijab akhirat akan dibuka.Kita nampak manusia yg dibakar atas api  . Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran. Seperti mana keadaan ikan  telah nampak apa yg berlaku di atas darat.
Sahabatku yg disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini.
Jadi jangan bazirkan usia    dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam. semoga Allah beri kita kefahaman . Aamiin Allahumma Aamiin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan