Ada empat jenis manusia dalam dunia ini:
Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati. Mereka
ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa
kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka.
Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan
kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta
menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita
minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah
cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan;
Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,
Pembimbing kepada agama Allah,
Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.
Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka
patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang
memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka
menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah
dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan
Rasul-rasul.
Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Alli;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka
itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari
terbit".
Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.
Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang 'Alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang 'Alim seperti itu. Oleh
itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika
tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara
itu dan apoi dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan
membunuh kamu.
Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman.
Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan
menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan
memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan
yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang
timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap
banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam
rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan
diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada
mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan
bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka.
Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan
dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allh dan
hamba-hambanya yang Sholeh.
Jenis manusia yang keempat pula
ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak (Alam Ghaib), diberi
pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa
yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang
lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang
dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah.
Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu
akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir kepadaNya. Allah
akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan
dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi.
Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia
kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka
itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang
mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan
Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan
hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah
pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di
atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya
jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah
cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang
dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali
mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan
keampunanNya.
Jadi (Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah
bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah
kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai
fikiran. Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan.
Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya
dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan