jangan putus asa

jangan putus asa

30 November 2013

Wajah-wajah manusia di Pdg Mahsyar


::: BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia


::: BERWAJAH KHINZIR
Suka memberi dan menerima rasuah

::: BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhkan hukuman

::: PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat dan kebajikan yang dilakukan kepada orang lain

::: TUBUH YANG MENGALIR NANAH DAN DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu dan mengajar orang lain tetapi prbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya

::: BADAN LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

::: BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

::: BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia di dalam masjid

::: RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

::: TIDAK BERTANGAN DAN TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti atau menyusahkan jiran sekeliling

::: WAJAH DAN BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat dan lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

::: PERUTNYA DIPENUHI ULAR DAN KALA JENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan dan lain-lain zakat

::: BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

::: TIDAK BERLIDAH DAN DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

::: BERJALAN KAKI KE ATAS DAN KEPALA KE BAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUANNYA
Suka melakukan riba

::: MUKA HITAM DAN PERUT DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

::: PERUT DIPENUHI SOPAK DAN KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

::: GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU, LIDAH TERJELIR HINGGA KE PERUT, NAJIS DAN AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak atau segala jenis benda yang mengkhayalkan seperti dadah dll.


ALLAH SWT berfirman:
" Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan." ( An- Nahl 16:97)

Wallahu a'lam bi al-shawab.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan