jangan putus asa

jangan putus asa

21 Januari 2014

10 AMALAN AHLI SYURGA:


Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga:
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

Keenam:
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhuk.

Ketujuh:
'Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan :
Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT.

Kesembilan :
Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati.

Kesepuluh :
Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana di situlah terletaknya nilai 'amalan di sisi Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan