jangan putus asa

jangan putus asa

16 Januari 2014

Bergembiralah ketika anda dihina, dikutuk atau dicaci kerana pencaci itu sedang memberikan anda pahala



Apa yang kita cakap dan taip berkenaan orang lain bukan sahaja akan didedahkan pada Hari Pembalasan kelak, tetapi ia bakal menjadikan kita muflis.

 Perhatikan hadith berikut. 

Daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah bertanya:

 “Tahukah kalian siapa orang yang muflis?”

 Para sahabat menjawab: 

“Bagi kami muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta.”

Lalu (Rasulullah) menjelaskan:


 “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada Hari Kiamat dengan (membawa pahala) solat, puasa, zakat, akan tetapi (semasa di kehidupan dunia) dia pernah mencaci seseorang, menuduh seseorang (tanpa bukti), memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan memukul seseorang.

Maka akan diberikan kepada orang yang dia pernah zalimi itu dari pahala kebaikannya sendiri (pahala solat, puasa zakat) dan begitulah seterusnya kepada orang lain yang dia pernah zalimi itu. 


Jika telah habis pahala kebaikannya sementara masih berbaki kesalahannya kepada orang-orang yang pernah dia zalimi di dunia dahulu, maka akan diambil dosa kesalahan orang yang dia zalimi itu dan dibebankan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka.

 (Shahih Muslim, no 2581)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan