jangan putus asa

jangan putus asa

16 Januari 2014

Hati Tetap Menyakini



Rasa sabar dan syukur, redha dan pasrah serta tawakal dengan penyerahan hati yang tinggi kepada Allah, itulah sebenarnya kunci kebahagiaan bagi seorang mukmin.

Biarpun diasak dengan seribu macam ujian, godaan, kesusahan mahupun keperitan, tetapi hati tetap teguh menyakini dan berpegang pada janji-janji-Nya.


Dalam kesempitan, Allah melapangkan. Dalam kesusahan, Allah memberikan kekuatan luar biasa, betapa ajaibnya orang mukmin.

Orang-orang yang terus bersabar dan berpegang kepada-Nya pasti akan diberi kemenangan. Dan nikmat yang paling tidak terperi rasanya adalah mendapat kemenangan yang paling agung kelak, iaitu dengan dibalasi nikmat JANNAH yang kekal abadi bahagia selamanya.

Kalam-Nya menyebut:

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, ‘Tuhan kami adalah Allah’, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu”  


(Fussilat:30)

Subhanallah!


 Sangat indah janji Sang Khalik.

 Di dunia lagi DIA telah memberi pelbagai kurniaan kepada manusia, di ‘sana’ pula menanti sebuah nikmat yang tidak terbanding taranya.

Betapa pemurahnya Tuhan, tetapi sedikit sekali manusia berfikir akan hal tersebut dan sedikit pula mereka yang bersyukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan