jangan putus asa

jangan putus asa

21 Januari 2014

[Tips4Sukses: Gagal cepat-cepat!]


Gila aper tips ni? Nak berjaya kena gagal cepat-cepat?

Memanglah gila! Gila-gila, baru boleh berjaya gila-gila!

Kenapa saya kata nak berjaya kena gagal cepat-cepat? 


Sebab mencapai sesuatu kejayaan atau matlamat itu perlu dan mesti melalui proses-proses tertentu.

 Dan salah satu proses wajib adalah TEKANAN, CABARAN & KEGAGALAN.

Setiap TINDAKAN akan mewujudkan halangan atau cabaran. 


Jika diri kita mampu lebih kuat atau ada kuasa samada kuasa fizikal, kuasa ilmu atau kuasa berani dan kebijaksanaan merempuh atau mengatasi halangan atau cabaran, 

maka lebih mudah kita berjaya. 

Kadang-kadang kita mungkin gagal, gagal membuat keputusan yang betul atau gagal melakukan sesuatu dengan baik kerana kurang pengalaman 

tapi jangan risau, kerana pengalaman hanya wujud lantaran tindakan dan kesilapan atau kegagalan.

Kadang-kadang perlu masuk 8 kali lorong yang salah untuk jumpa lorong yang betul tapi kalau ada GPS ditangan atau ada orang penunjuk jalan, mungkin kita tak perlu tersalah lama sangat.

Tahu kepompong rama-rama? 


Satu kajian dibuat di mana rama-rama perlu memecahkan sendiri kepompongnya dengan sayap mereka untuk dapat terbangkan sayapnya untuk terbang, ahli sains pernah tolong pecahkan sebab kesian, tapi rama-rama tersebut tidak mampu terbang kerana sayapnya tidak melalui proses tekanan memecahkan kepompongnya sendiri.

Well,

 fikir-fikirkan dan hanya dengan tindakan sahaja kita akan dapat tahu apa yang kita tahu dan apa lagi yang kita tidak tahu. 

Sentiasa bersedia untuk belajar dari kesilapan. 
Cuma jangan tunggu lama sangat untuk perbaiki diri dan cari mentor atau ilmu. 

Semoga dipermudahkan segalanya.

 Anda kaya & berjaya!

#‎DAO‬

Tiada ulasan:

Catat Ulasan