jangan putus asa

jangan putus asa

16 Januari 2014

UBAT PENYAKIT DENGKI



1. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH s.w.t pinjamkan. Biasanya kalau tidak bersyukur nanti ada rasa tidak puas hati tengok kejayaan orang lain.

2. Selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan. Biasanya kalau tidak beramal soleh nanti maksiat pula yang datng dekat kita.

3. Perlu ingat setiap masa bahawa rasa dengki itu akan merosakkan amal kebajikan. Biasanya kalau tidak ingat begitu nanti kita lebih suka buat maksiat daripada amal kebajikan.

4. Tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. Biasanya kalau kita berusaha untuk sesuatu yang haram nanti kita terjerumus ke lembah hina.

5.Berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakan. Biasanya kalau kita berburuk sangka nanti orang lain akan menjauhi kita.

6. Selalulah mengikat silaturrahim dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Biasanya kalau kita tidak buat demikian nanti tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan kita.

7. Sentiasalah menjaga perkataan dan perbuatan daripada menginggung perasaan orang lain. Biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan hilang kawan dan saudara-mara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan