Pesanan ini ditulis oleh Ulama muktabar
1. Jaga solat pada awal waktu.
Berusahalah untuk menjaga waktu solat yang betul dan jangan berlengah
untuk menunaikannya. Kalau datang haid sekalipun (tidak dapat solat),
kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggalkan solat.
2. Hidupkan bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal setiap hari dengan Istiqamah pada masa
yang ditetapkan. Sebaiknya kumpulkan setiap ahli keluarga termasuk
kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa. Ini amalan sahabiah di zaman
Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh/ solehah yg
mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran dan zikir setiap hari
Berusahalah membaca Al Quran setiap hari dengan Istiqamah. Sebaiknya
satu juzu' setiap hari dan sekurang-kurangnya beberapa ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, hendaklah mencium Al Quran dan
muhasabah diri 'Ya Allah, apa dosaku hingga aku tak dapat nak baca kitab
Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar
anak-anak dari kecil dengan amalan Sunnah Rasullulah SAW dan doa-doa
masnun iaitu doa seharian seperti doa ketika hendak tidur, doa bangun
tidur, doa makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana.
Setiap
hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk
wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka
akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah SWT ke atas wanita
tersebut.
6. Galak suami/ muhrim untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di
Masjid/Surau akan mendapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia
sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlah bersama rakan wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah untuk kita amalkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan