jangan putus asa

jangan putus asa

12 Disember 2013

HUKUM BERHUBUNG SMS BERANTAI:

SOALAN

SAYA ADA MENERIMA SMS SURAT BERANTAI YANG PADA AMNYA MENGAJAK KITA BERTAKWA KEPADA ALLAH S.W.T..

TETAPI DI AKHIR SURAT ITU ADA DICERITAKAN BERKENAAN KISAH ORANG YANG MENDAPAT BALA KERANA TIDAK MENYEBARKAN SEBANYAK 20 SALINAN KEPADA ORANG LAIN.

 APA PANDANGAN USTAZ?

Mengajak orang agar mengingati Allah adalah amalan yang sangat terpuji sama ada melalui percakapan, penulisan dan sebagainya.

Selain itu, setiap perbuatan yang dilakukan atas tujuan tersebut juga akan mendapat pahala yang cukup lumayan sehingga menyebabkan dia tergolong daripada golongan ahli syurga yang dijanjikan Allah SWT untuk para pendakwah.

Namun, sayangnya, perkara ini telah disalah erti oleh sebahagian pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga sanggup menjanjikan sesuatu milik Allah SWT. 


Antaranya menjanjikan bala atau neraka untuk golongan yang tidak mahu turut serta berdakwah melalui penyebaran sms berantai yang semakin berleluasa dini hari. 

Tidak dinafikan juga, bahawa penulis-penulis SMS seperti itu berdosa besar kerana telah menjanjikan sesuatu yang bukan miliknya bahkan ia hanya milik Allah SWT. 

Mana mungkin seorang manusia boleh menjanjikan bala, dosa, pahala atau nikmat kepada orang lain? 

Sedang kesemua perkara itu hanya milik mutlak Allah SWT.

 Justeru, saya menasihati para pembaca agar mengabaikan arahan yang terdapat pada SMS berantai itu.

 Anggaplah ia telah dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dalam urusan agama.

 Ingatlah, sesungguhnya dosa, pahala, bala, azab dan nikmat semuanya milik mutlaq bagi Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan