Jodoh juga adalah
agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal
yang dicipta oleh Allah.
Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan
yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki
secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya
saling memerlukan.
Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan
Allah akan Hawa.
Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana
kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada
kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh,
maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa
menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati.
Disambung lagi dengan
sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada
pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan
agamanya.
Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang
mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah
sifat soleh dan solehahnya.
Dengan itu secara langsung sifat
kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.
Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir
dalam pencarian jodoh.
Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan
asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan
dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya
(internet).
Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya
ketapan Allah adalah yang terbaik.
Penulis yakin cara yang paling baik
dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati
agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan
akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah
Ta’ala.
Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang
yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya
mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan