jangan putus asa

jangan putus asa

15 Disember 2013

Hadis Nabi


"Jika kamu ditimpa oleh sesuatu maka janganlah berkata: “Kalau aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian” akan tetapi katakanlah: “Takdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi”. Ini kerana perkataan “kalau” membuka pintu perbuatan syaitan. 
 (HR Muslim)

‪#‎Bersangka‬ baik dengan Allah S.W.T. Setiap yang terjadi adalah ketentuan Allah. 
Percayalah bahawa setiap yang berlaku mempunyai hikmah.


Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW,
baginda telah bersabda:

"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin
daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia,
nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat.
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. (Hadis Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan