jangan putus asa

jangan putus asa

30 Disember 2013

Tiada gunanya mencerca, menghina dan memfitnah

 Tiada gunanya mencerca, menghina dan memfitnah seseorang yang TIDAK kita sukai. Itu hanya menyebabkan kita semakin HAMPIR ke neraka. Yang dihentam pula bakal 'menyedut' amal baik kita di akhirat kelak.

Sebaiknya, nasihati dia secara tertutup terlebih dahulu dan kemudian jika dia membawa mudarat kepada awam, dibenarkan memaklumkan apa yang benar kepada awam namun mestilah secara matang, tenang tanpa sebarang cacian, makian.

SEDARILAH 
Caci maki tiada membawa keamanan kecuali menaikkan ammarah manusia lain dan mencipta persekitaran negatif dan negatif.

Nabi saw bersabda :
 ( إني لم أبعث لعانا و إنما بعثت رحمة) Ertinya 
"tidaklah aku dibangkitkan sebagai orang yang banyak melaknati (mencaci maki orang lain), sesungguhnya aku dibangkitkan sebagai rahmat" 
( Riwayat Muslim)




Dari Aisyah r.a, katanya :
 Rasulullah saw pernah ditanya oleh orang,
 ‘Amal yang bagaimanakah yang paling disukai Allah?’
 Jawab Rasulullah saw
“amal yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit (berterusan).”
 [0755] HR. Muslim

Dari Abu Hurairah : 
Nabi saw bersabda, 
“Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian.”
 [Hadis 1823] Sahai Nasai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan